Tuesday, June 16, 2009

Abstrak Kesayanganku

Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan penyeliaan pengajaran berdasarkan model yang dikemukakan oleh Glickman et.al(1988) yang dilakukan oleh kepemimpinan sekolah dan hubungannya dengan tahap motivasi kerja guru. Kajian ini adalah suatu kajian kuantitatif deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Dalam kajian ini, amalan penyeliaan pengajaran dilihat dari 5 dimensi iaitu bantuan langsung, perkembangan kumpulan, perkembangan professional, perkembangan kurikulum dan kajian tindakan. Tahap motivasi kerja guru pula dilihat berasaskan teori yang dikemukakan oleh Maslow dan Herzberg. Kajian ini menggunakan soalselidik yang direkabentuk berdasarkan instrumen Jones(1986). Beberapa item daripada “Principals Instrument Measurement Rating Scale” (PIMRS) oleh Hallinger (1988) juga digunakan, setelah diubahsuai untuk mendapat soalan penyelidikan. Alat ukur “A Questionaire Measure Of Individual Differences In Achieving Tendency (QMAT) oleh Atkinson (1964) digunakan untuk mengukur tahap motivasi kerja guru. Responden kajian terdiri daripada 92 orang guru di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu. Dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif dengan menggunakan min, peratus dan korelasi spearman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak kepemimpinan sekolah lebih menumpukan kepada aspek perkembangan kurikulum dan kajian tindakan. Tahap motivasi guru di sekolah kajian adalah sangat tinggi dan terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan penyeliaan pengajaran dengan tahap motivasi guru di sekolah kajian. Dengan adanya kepemimpinan sekolah yang berkesan melalui kaedah amalan penyeliaan pengajaran yang berkualiti dan dapat meningkatkan motivasi guru yang tinggi maka segala cabaran yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik. Memandangkan sampel kajian ini hanyalah terdiri daripada guru-guru di sekolah kajian sahaja maka adalah wajar kajian begini diperluaskan ke peringkat daerah atau negeri untuk melihat suatu gambaran yang boleh dibuat generalisasi akan amalan penyeliaan pengajaran dan hubungannya dengan tahap motivasi kerja guru.

5 comments:

Pakwar said...

harap kajian ini dapat ditunjukkan kepada pengetua sekolah baru anda supaya boleh diaplikasikan.

Vivian Woo said...

Tahniah.

Yati Wahab said...

Boleh panjangkan buat Phd..

abgjan.com said...

Pasti akan meningkatkan motivasi jubah hitam sendiri

nurinyasminlol said...

salam cikgu, saya ingin mengetahui lebih lanjut ttg QMAT, boleh cegu bantu saya? jika boleh email saya : yatchmin26@yahoo.co.uk
saya amat berharap krn puas sudah saya cari item negatif n positif dari pengkaji lain. saya mengalami kesukaran sikit. moga cegu dapat memberi bantuan.

seblomn sesudahnya sy ucapkan Tqvm

Rafidah