Selepas tamat dari pengajian sarjana kepengetuaan, JH telah berkunjung ke JPNT untuk membincang urusan pertukaran ke sekolah harian biasa di daerah Kuala Terengganu. 2 orang pengetua telah mengambil maklumat JH untuk membawa masuk JH ke sekolahnya. Pengetua pertama hanya berusaha ke peringkat PPD Kuala Terengganu sahaja - malangnya guru sekolah berkenaan berlebihan dan tidak boleh untuk "mencelah" JH di sekolah tersebut. Pengetua ke 2 (pengerusi pengetua daerah Kuala Terengganu) telah mengambil maklumat JH lalu meminta pihak JPNT menempatkan JH ke sekolahnya yang hanya 3.5 km sahaja dari rumah JH. JH telah pergi ke JPNT tetapi pegawai yang terlibat terpaksa bergegas bermesyuarat dan JH sempat bertanyakan adakah pihak JPNT ada dapat maklumat dari pengetua 2 yang mahu JH ke sekolahnya. Pegawai berkenaan menjawab "ya" yang sekaligus melegakan hati JH kerana berpeluang bekerja dekat dengan rumah maka komitmen kerja boleh ditingkatkan sehingga ke peringkat 100%. Keesokan harinya pegawai berkenaan menyatakan bahawa tidak dapat menempatkan JH ke sekolah pengetua 2 kerana unit agama islam tidak "melepaskan" JH. JH telah berjumpa Ketua Sektor Unit Agama namun beliau tetap tidak mahu melepaskan JH kerana baginya JH adalah aset unit agama. JH sangat kecewa dan terus pergi melaporkan diri ke SMKA Durian Guling yang tidak menjanjikan suasana baru dan pengalaman baru. Warga SMKA DG menyambut kehadiran JH dengan baik namun JH tetap bersyukur kerana masih boleh berulang alik ke sekolah yang jaraknya 21km sehala.
6 comments:
Tak pa lubuk sendiri lebih mudah nak buat penambahbaikan...
selamat bertugas...
lubuk demo tu...sayang ngan demo...sabo je la
masuk lubuk org belum tentu untung sabut atau batu. kat lubuk sendiri dah expert
Flower Power pun balik lubuk sendiri.
tak pe, lubuk sendiri lebih baik. Semoga tabah dan ini membuktikan mereka masih memerlukan u.
lubuk dok dalam mana weh..... kena cr lubuk hok dalam sikit... br banyak ikang tambang beluru....huhuhuhuhuhuhuuhuh
Post a Comment