Saturday, August 15, 2009

Notis Penutupan Sementara


Pada 13 Ogos, warga SMKADG telah dikejutkan dengan penerimaan surat cadangan penutupan sementara sekolah dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang. Hal ini terjadi kerana pihak Jabatan Kesihatan telah dapat mengesan 9 orang pelajar yang didapati mempunyai tanda-tanda gejala Influenza Like Ilness (ILI) yang telah diklasifikasi sebagai wabak di sekolah bertuah ini.
Sehubungan dengan itu, bagi membendung penularan penyakit tersebut Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui Pegawai Kesihatan Daerah Marang telah menasihatkan (strongly advised) agar pihak sekolah mengambil tindakan penutupan sementara bermula 13 hingga 20 Ogos 2009 dan meminta semua pelajar serta kakitangan yang terlibat supaya pulang ke rumah dan menjalani "Home Quarantine", seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan daripada rebakan kepada keluarga masing-masing sebagaimana yang dinasihatkan oleh Jabatan Kesihatan.
Apabila pengumuman dibuat kepada warga sekolah,terdapat reaksi yang pelbagai dikalangan warganya-ada yang gembira, cemas, kecewa dan sebagainya. Namun kepada yang gembira, walaupun cuti sebenarnya kita dalam keadaan darurat. Bila-bila masa sahaja jangkitan boleh merebak dan menemui kematian-Nauzubillah!

2 comments:

Pakwar said...

harap JH tidak akan merayau -rayau kemana-mana dikhuatiri akan menular dalam kalangan warga kuala terengganu terutama datuk che mat jusoh.

Yati Wahab said...

JH dan keluarga kena la kuarantin. minum air kosong banyak2, ambik vit c dan minum jus epal atau fresh orenge.

Semuga sihat walafiat...amin.

mari kita sama2 sembahyang hajat jauhkan bala Allah...