Wednesday, January 20, 2010

Program NILAM SMKA Durian Guling


Kempen Membaca telah dilaksanakan secara sambutan Bulan Membaca Kebangsaan bermula dari tahun 1995 hingga 2005. Pelbagai aktiviti dan program berkaitan pembacaan telah dilaksanakan sepanjang bulan Ogos bagi tahun 1995 hingga 2000 dan Julai 2001 hingga 2005. Kempen Membaca telah dijadikan sebagai agenda tahunan bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu dan bermaklumat dengan menjadikan amalan membaca sebagai budaya.
Mulai tahun 2006, di bawah teraju Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan kempen ini telah diperhebatkan dengan mengadakan program dan aktiviti sepanjang tahun bagi memberi impak yang lebih efektif. Pelbagai institusi telah terlibat di dalam menjayakan program dan aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca. Ia bukan sahaja dikendalikan oleh Perpustakaan Negara Malaysia tetapi juga Perpustakaan Awam Negeri, Kementerian, Jabatan, Agensi Kerajaan dan Swasta serta institusi-institusi lain. Tujuannya adalah bagi menarik penyertaan orang ramai dalam program dan aktiviti berkaitan pembacaan bagi menyuburkan minat membaca, memupuk kesedaran betapa pentingnya membaca sepanjang hayat, mengamalkan membaca dari pelbagai sumber bahan bacaan dan menjadikan membaca sebagai budaya.
Sehubungan dengan itu, JH telah dilantik oleh pihak sekolah untuk mengetuai Program NILAM dan mengharapkan JH agar dapat mempertingkatkan lagi program membaca di peringkat sekolah sekaligus dapat memenangi anugerah Tokoh NILAM peringkat kebangsaan. Aduh! Peningnya kepala. Namun begitu, seorang pelajar SMKADG telah berjaya melepasi syarat dan dapat mewakili daerah Marang ke peringkat negeri pada 23 dan 24 Januari ini. Harap-harap, pelajar ini ”menjadi” dan dapat menaikkan nama sekolah di peringkat negeri dan kebangsaan, imsyaAllah.
JH telah berbincang bersama rakan-rakan sekerja untuk memperkasakan lagi Program NILAM peringkat sekolah. Antara program yang difikirkan ialah program iqra', membaca bersama, ceramah buku, pertandingan bercerita, khemah membaca, pameran buku dan teater membaca. Wah! Sudah banyak program nampaknya, tetapi adakah JH berjaya laksanakannya dengan kekangan masa hambatan program akademik, HEM dan kokurikulum peringkat sekolah. Masa dan situasi mungkin yang akan menentukannya. Jika rakan-rakan ada cadangan bolehlah emel kepada JH – najman07@hotmail.com.
Sumbangan dan idea rakan-rakan amat dialu-alukan.

3 comments:

nasidagang said...

Program NILAM adalah progrm galakan mmbaca.jesteru dihrpkan dgn budaya mbaca terterap dlm diri pelajar,secara outomatik buku2 pelajaran juga akn dibc oleh pejar ini.

Yati Wahab said...

saya fikir sekolah yang hebat macam JH takdak maslah nak laksanakan nilam. Cikgu buat apa pun insya allah berjaya.Teruskan....

norhayatirahman said...

kat sk puncak alam dulu kakak dapat anugerah gangsa(T5) dan perak (t6)bagi program NILAM. Semoga kat SMKA kuala selangor dia masih rajin membaca dan berjaya mendapat anugerah lagi