Tuesday, January 26, 2010

Warna -Warni Larian Wawasan

Tanggal 21 Januari SMKADG telah mengadakan larian merentas desa bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk beriadah dan berseronok setelah hampir sebulan mereka melaksanakan aktiviti berbentuk akademik semata-mata. Disamping itu juga aktiviti ini juga dapat menyeimbangkan potensi pelajar dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

pelajar-pelajar puteri sedang menunggu pemenang-pemenang

Antara jaguh yang dikenalpasti

Kadet Polis sedang mengawal lalu-lintas

cepat!cepat! ke garisan penamat

Selamat sampai ke garisan penamat



Hasil daripada penganjuran acara larian wawasan ini, dapat mengeratkan lagi hubungan guru dengan warga sekolah dalam penganjuran sesuatu acara sekolah. Pihak PDRM juga turut hadir membantu, dengan ini hubungan dengan agensi komuniti dapat dipereratkan lagi. Perkara yang paling penting sekali dalam penganjuran program ini adalah dapat melatih pelajar-pelajar semangat berjuang serta mematuhi peraturan untuk mengapai sebuah kejayaan. Syabas kepada pelajar-pelajar yang menang serta warga SMKADG yang bersatu hati dalam menjayakan program ini.

4 comments:

norhayatirahman said...

Objektif permainan untuk mengeratkan silaturrahim tapi kerap juga setiap kali lepas permainan ada saja yang tak kena ...teringat permainan kat iab dulu semasa lawan SR

Pakwar said...

tak comel tengok anak-anak dara berlari depan orang jantan, tak kena gaya smk agama. biarlah buat suku-suku

nasidagang said...

Sekarang sekolah agama Had-Hari

Yati Wahab said...

luas nampa sekolah JH ...boleh le bawa murid dan guru g melawat...program Hem...boleh jadi rujukan dan benchmark yang bersesuaian ....