Thursday, February 25, 2010

SMKA DG Juara Lagi!


Pelajar-pelajar cemerlang


Tanggal 25 Februari 2010, sebaik sahaja keputusan STPM diumumkan maka terbuktilah SMKADG menjadi juara lagi. Merangkul sekolah terbaik STPM peringkat Negeri Terengganu manakala jatuh nombor 6 peringkat kebangsaan. Purata gred yang diperolehi pelajar adalah 3.5, syabas diucapkan kepada para pelajar dan tak lupa pada kumpulan guru STPM yang berjaya lagi menaikkan nama sekolah. Sebaik sahaja kaunter penyerahan slip dibuka, maka ianya telah diserbu oleh para pelajar dan juga para wartawan. Turut hadir pemberita akhbar Sinar,Astro Awani,Kosmo dan RTM. Peristiwa yang paling mengembirakan juga iaitu kunjungan dari Tuan Pengarah Pelajaran Terengganu (bekas bos semasa di SMK Cheneh Baru)ke sekolah untuk mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang cemerlang dan ucapan tahniah buat para guru SMKADG. Syabas "SMKADG Gemilang Tahun 2010".


Temubual dengan pelajar cemerlang


Temubual resepi kejayaan


Bersama Tuan Pengarah Pelajaran (Ariffin Embong)

Saturday, February 20, 2010

Keajaiban Ciptaan Allah S.W.T



"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery ' pasti
kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu ' lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur ' an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur ' an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur ' an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."


Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.









Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.Subhanallah!!

Dipetik dari blog Fadhilah Mohd Jainal

Tuesday, February 16, 2010

Senarai Syurga Dunia


Berikut merupakan mereka yang mendapat syurga dunia seperti yang telah disenaraikan oleh Majalah Malaysian Business. Wow! apakah perasaan mereka apabila mendapat title antara orang terkaya dalam negara?

Berikut adalah 14 daripada 40 orang terkaya di Malaysia menurut Malaysian Business.

1) Tan Sri Robert Kuok (Raja Gula) - RM42.76 bilion
2) Ananda Krishnan (Mexis) - RM27 bilion
3) Tan Sri Lee Shin Chen ( IOI) - RM11.92 bilion
4) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting) - RM10.38 bilion
5) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong) - RM7.09 bilion
6) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (Yayasan Albukhary) - RM6.01 bilion
7) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting)
8) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau)
9) Tan Sri Vincent Tan (Berjaya)
10) Lee Swee Eng (KNM Group)
11) Datuk Shahril Shamsuddin (Sapura)
12) Shahriman Shamsuddin (Sapura)
13) Datuk Seri Nazir Razak (CIMB)
14) Ong Leong Huat (OSK)

Monday, February 15, 2010

Sekolah Kapitalis?

Berita Harian bertarikh 2 Februari 2010 - SBT KENA DIPANTAU ELAK JADI SEKOLAH KAPITALIS

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “Mohamad Asri Shafii, Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak”, dalam ruangan Surat Kepada Pengarang dalam akhbar Berita Harian bertarikh 2 Februari 2010 (SBT KENA DIPANTAU ELAK JADI SEKOLAH KAPITALIS).

Kuasa autonomi diberi kepada Pengetua/Guru Besar secara berperingkat-peringkat mengikut keperluan sekolah. Mereka akan dipantau, dibimbing dan dinilai dari semasa ke semasa dengan fokus kepada peningkatan pengajaran dan pembelajaran (P&P) ke arah trend menaik, oleh pihak Bahagian, JPN dan PPD. Jabatan Pelajaran Negeri adalah kuasa pendaftar yang bertanggungjawab atas sekolah-sekolah di negeri masing-masing. Pengetua/Guru Besar khasnya Pengetua-Pengetua/Guru Besar-Guru Besar di SBT ini, tahu bidang kuasa masing-masing dan akur akan punca kuasa yang ada. Kelonggaran diberi dalam hal-hal pelaksanaan asalkan tidak berlaku violation, incompetence dan negligence dalam pelaksanaan dasar tersebut. Pihak Bahagian, JPN dan PPD bertanggungjawab memberikan bimbingan yang diperlukan oleh pihak sekolah.

Pelajar yang lemah/kurang cemerlang tidak dinafikan hak mereka untuk bersekolah di SBT. Pengambilan murid ke SBT mengikut dasar yang sedia ada. Antara sekolah harian yang terpilih sebagai SBT ini adalah sekolah kluster yang muridnya mempunyai tahap pencapaian normal (biasa), tetapi pencapaian mereka dapat ditingkatkan melalui tunjuk ajar guru yang rajin, bersikap professional, positif dan bantuan dari ibu bapa yang mempercepatkan murid menguasai 3M.

Dasar pendidikan Negara akan terus disuburkan. Dalam pelaksanaan sekolah kluster perkara ini sudah terbukti. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) tetap dipatuhi oleh sekolah-sekolah. Ketidakpatuhan akan FPK dianggap sebagai violation yang serius. Pengetua/Guru Besar mesti berupaya menterjemahkan FPK dalam proses pendidikan di sekolah masing-masing.

SBT akan menjadi sekolah anak-anak kapitalis kerana pembiayaan yang tinggi dan tidak dapat dipenuhi oleh keluarga yang perpendapatan rendah mungkin tinggal sebagai satu andaian, kerana bayaran-bayaran yang akan dikenakan atas murid perlu mendapat persetujuan dalam mesyuarat PIBG terlebih dahulu. Manakala yuran sekolah pula perlu mendapat kelulusan daripada pihak JPN sebelum dikutip.

Secara rumusannya, Kuasa autonomi yang diberi kepada Pengetua/Guru Besar SBT tidak akan menjejaskan kewibawaan JPN dan PPD. Dasar KPM yang sedia ada akan terus dipatuhi. Pemantauan, bimbingan dan penilaian akan dilaksanakan dari semasa ke semasa oleh pihak Bahagian, JPN dan PPD ke atas SBT, dengan fokus utama ke arah peningkatan prestasi P&P di sekolah. Insya’allah, atas keprihatinan dan kerjasama semua pihak SBT tidak akan menjadi sekolah anak-anak kapitalis.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
5 FEBRUARI 2010

Saturday, February 13, 2010

Peranan PIBG Memperkasakan Murid

KALI pertama menghantar anak ke sekolah untuk mendaftar ke tahun satu mengingatkan saya kenangan semasa bersekolah dahulu. Yuran sekolah dan duit buku masa kini boleh dibuat belanja dapur seminggu.

Sebagai ibu bapa muda yang kali pertama merasakan pengalaman menghantar anak ke sekolah, pelbagai perkara dapat didengari apabila bercampur dengan ibu bapa yang sudah berpengalaman.

Selain kisah ekonomi yang dibualkan semasa menunggu anak di hari pertama, kebanyakan ibu bapa juga prihatin dengan masalah disiplin anak-anak muda lepasan sekolah yang disifatkan pintar tetapi nakal.

Menyalahkan pihak sekolah 100 peratus rasanya tidak patut kerana apa guna menjadi ibu bapa jika melepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada orang lain. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh memainkan peranan dengan mengadakan pertemuan secara malar untuk mengatasi disiplin murid sejak dari tahun satu lagi.

Apabila melihat keletah anak-anak yang seronok di dalam kelas dan hanya seorang guru yang lemah-lembut mengajar 30 orang anak murid, kadang-kadang terasa kita sebagai ibu bapa terlalu meletakkan seluruh kepercayaan kepada guru.

Kita juga mudah menyalahkan guru apabila anak kita gagal mencapai gred yang bagus. Dalam masa yang sama, guru perlu menjaga kesemua anak murid secara adil. Ibu bapa yang hadir ada yang tersenyum dan ada yang resah melihat anak yang masih rebung cuba dilentur sebaik mungkin. Itu baru 40 minit berlalu.

Apabila ibu bapa sudah kembali bekerja, bagaimana pula cara guru itu mengajar anak kita menjadi orang dalam erti kata sebenar. Ibu bapa wajar mengambil berat disiplin anak-anak dengan selalu menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada guru-guru untuk bertanyakan tentang sahsiah diri anak-anak.

Kita sebagai ibu bapa faham guru juga ada keluarga untuk dijaga. Namun tanggungjawab sebagai guru yang bersama anak-anak kita selama hampir lapan jam sehari adalah besar kerana disiplin mereka amat perlu dibentuk sebagai bayangan masa depan mereka yang akan mewarisi kepimpinan negara. Hari ini teknologi canggih adakalanya menyebabkan anak-anak cepat menjadi pintar dan ada guru yang jauh ketinggalan sehingga setiap kerja yang diberi mampu diselesaikan sebaik mungkin.

Justeru itu, guru-guru perlu berlari seiring dengan kepantasan teknologi agar anak-anak murid lebih menghormati mereka. PIBG perlu bekerjasama erat dalam menangani anak-anak murid yang nakal tetapi pintar. Mungkin mereka boleh melompat masuk ke tahun dua atau tiga dengan satu ujian khas supaya masa mereka tidak dibazirkan dengan belajar perkara yang sama.

Ibu bapa sudah pasti mampu mengenal pasti perangai dan kemampuan anak mereka dalam pelajaran.

PIBG juga perlu aktif mengadakan pertemuan untuk mengenal potensi anak-anak ini untuk melangkau kelas supaya mereka cepat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Dengan ini, kita tidak lagi membazirkan waktu membentuk pelajar-pelajar yang nakal tetapi pintar kerana bosan berada dalam suasana pembelajaran yang tidak kondusif. Kita ada anak-anak pintar yang sudah terbukti. Walau apa pun kaedah membentuk anak-anak ini, yang penting adalah perkembangan rohani mereka mestilah seiring dengan kejayaan akademik agar tidak tergelincir dari norma-norma masyarakat timur.

PIBG perlu bekerjasama dalam membentuk murid yang berpotensi untuk pergi lebih jauh dan dalam masa yang sama, disiplin mereka dapat ditingkatkan sebaik mungkin agar tidak terlibat dengan masalah sosial.

Guru-guru juga perlu bermuhasabah diri jika ada anak murid yang membuatkan minda intelek mereka tercabar. Seeloknya guru mampu menambah nilai ilmu seiring dengan zaman siber. Hanya kerjasama erat antara ibu bapa dan guru dapat membentuk masa depan murid yang lebih cemerlang di masa depan.

Selain itu, pemantauan disiplin mampu menjana minda murid agar prestasi pembelajaran mereka terus meningkat. Justeru itu, PIBG perlu bersatu demi masa depan negara yang lebih baik.


Sumber: Utusan Malaysia

Friday, February 12, 2010

Pra Menembak

Minggu lepasa iaitu pada 8 Feb 2010 telah diadakan latihan pra menembak dan cara penggunaan rifle M16A1 oleh pegawai polis dari Balai Polis Marang dan dari Unit Persenjataan Polis Diraja Terengganu. Anggota kadet polis telah diajar bagaimana menggunakan senjata rifle M16A1 yang di bawa dari stor senjata. Nampaknya ahli-ahli kadet polis SMKA DG begitu teruja apabila pertama kali memegang rifel berkenaan. Begitu juga dengan pelajar puterinya turut tidak mahu melepaskan peluang untuk memegang dan seterusnya belajar bagaimana untuk "tenang" ke sasaran dengan tepat. Latihan pra menembak ini bermula pada 2.30 petang dan berakhir 5.00 petang
Semoga latihan ini banyak memberi manfaat dan informasi kepada setiap anggota kadet polis sebelum menjalani latihan menembak menggunakan peluru hidup di lapang sasar akhir bulan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru penasihat kadet polis yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama melihat anak-anak didik berlatih menggunakan rifel M 16A1


Sudah sekian lama tak memegang M16


Aksi pegawai persenjataan


Pelajar Putera sedang tekun mendengar taklimat

Friday, February 5, 2010

Majlis Kesyukuran Orang Baru

JH telah melaksanakan majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru pada 5 Februari 2010.. Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya melakukan akikah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat anak. Majlis ini dibuat kecil-kecilan sahaja dengan menjemput saudara mara terdekat dan jiran tetangga sahaja. Syukur! Walaupun majlis ini kecil tetapi meriah dengan turut dihadiri wakil rakyat daripada pemimpin PAS dan UMNO. Apabila melibatkan majlis yang bersifat keagamaan didapati fahaman politik dapat disatukan.Alhamdulillah.

Dato' Tg Hassan Tg Omar


Datuk Che Mat Jusoh


Ayah Ngah Mencukur Jambul


Cucu Kesayangan Tokki