Friday, February 12, 2010

Pra Menembak

Minggu lepasa iaitu pada 8 Feb 2010 telah diadakan latihan pra menembak dan cara penggunaan rifle M16A1 oleh pegawai polis dari Balai Polis Marang dan dari Unit Persenjataan Polis Diraja Terengganu. Anggota kadet polis telah diajar bagaimana menggunakan senjata rifle M16A1 yang di bawa dari stor senjata. Nampaknya ahli-ahli kadet polis SMKA DG begitu teruja apabila pertama kali memegang rifel berkenaan. Begitu juga dengan pelajar puterinya turut tidak mahu melepaskan peluang untuk memegang dan seterusnya belajar bagaimana untuk "tenang" ke sasaran dengan tepat. Latihan pra menembak ini bermula pada 2.30 petang dan berakhir 5.00 petang
Semoga latihan ini banyak memberi manfaat dan informasi kepada setiap anggota kadet polis sebelum menjalani latihan menembak menggunakan peluru hidup di lapang sasar akhir bulan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada guru-guru penasihat kadet polis yang dapat meluangkan masa untuk sama-sama melihat anak-anak didik berlatih menggunakan rifel M 16A1


Sudah sekian lama tak memegang M16


Aksi pegawai persenjataan


Pelajar Putera sedang tekun mendengar taklimat

3 comments:

Pakwar said...

bleh la bersedia nak perang dengan bekas yb batu burok, ke guano?

Yati Wahab said...

tembak pada sasaran jagn salah tembak lak..

norhayatirahman said...

pak nasir memanah, jh menembak pula, boleh jd sukarelawan ke afghanistan