Friday, February 5, 2010

Majlis Kesyukuran Orang Baru

JH telah melaksanakan majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru pada 5 Februari 2010.. Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya melakukan akikah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat anak. Majlis ini dibuat kecil-kecilan sahaja dengan menjemput saudara mara terdekat dan jiran tetangga sahaja. Syukur! Walaupun majlis ini kecil tetapi meriah dengan turut dihadiri wakil rakyat daripada pemimpin PAS dan UMNO. Apabila melibatkan majlis yang bersifat keagamaan didapati fahaman politik dapat disatukan.Alhamdulillah.

Dato' Tg Hassan Tg Omar


Datuk Che Mat Jusoh


Ayah Ngah Mencukur Jambul


Cucu Kesayangan Tokki

6 comments:

Pakwar said...

JH pun nampak bijak, pakai songkok tapi berbaju hijau.. jangan pula jadi atas pagar...

Yati Wahab said...

comel puteri JH nama apa?

ARIN said...

Tahniah bro..semoga terus diberikan kekuatan utk bersama-sama Gerakan Islam.

norhayatirahman said...

bersatu bertambah mutu

nasidagang said...

Minta penjelasan JH,,adakah Dato' Tg Hasan tidak dipelawa utk mencukur jambul?

Nana Tanjung said...

Maaf JH, nana tak sempat lagi nak gi ziarah puteri JH. Insyaallah jika kelapangan nana sampai.