Saturday, December 20, 2008

Memanusiakan Manusia


Mutakhir ini setiap peserta KPLI mengalami keresahan serta kemurungan kerana ingin mengetahui dimanakah mereka akan ditempatkan. Dilautankah, di hulu tempat jin bertendangkah atau ditengah-tengah kepesatan kota Metropolitan.Mudah-mudahan pegawai Kementerian Pelajaran dapat mengagihkan mereka ditempat yang sepatutnya tanpa mengabaikan aspek kebajikan guru-guru berkenaan.Kepada peserta-peserta KPLI yang akan ditempatkan di sekolah rendah maka gred gaji anda sama juga dengan guru-guru di sekolah menengah dengan gred DG 41 sebagai permulaannya.
Hebat juga bunyinya kerana kalau disekolah rendah guru besar belum tentu dapat lagi gred DG41 Semasa saya belajar suatu ketika dahulu, panggilan maktab lebih tersohor daripada Institut Perguruan. Jarang sekali saya mahupun kawan-kawan yang lain menyebut Instutut Perguruan . Kebanyakkan antara kami lebih ringan menyebut belajar di maktab daripada belajar di Institut Perguruan. Pensyarah sendiri pun jarang menyebut perkataan Institut Perguruan daripada maktab. Ayat “ awak jadi guru ni dah tak ada kerja lain ke “ atau ada ayat yang sama “ awak semua jadi guru sebab pilihan terakhir ke” . Peserta KPLI selalu mendengar ayat ni apabila memasuki maktab. Ayat-ayat sinis tersebut bukan daripada rakan-rakan tetapi daripada pensyarah-pensyarah mereka sendiri.Saya sendiri pun hairan juga kenapa pensyarah maktab selalu menyebut kenyataan tersebut atau pun mereka sudah tidak ada modal untuk bercakap lalu mengeluarkan kenyataan tersebut. Saya , secara peribadi memang tidak suka kalau orang yang suka membuat penilaian tanpa sebarang bukti dan sekadar “lepas cakap”sahaja. Ayat tersebut mungkin biasa dan ada juga sesetengah pensyarah berniat bergurau dengan peserta KPLI berkenaan. Pada pendapat saya, setelah berbincang dengan kawan-kawan saya , ramai diantara mereka tidak setuju dengan penilaian serta penggunaan “ ayat tersebut”. Tentu akan hilang sedikit rasa hormat kepada pensyarah yang seolah-olah memandang rendah kononnya pelajar KPLI ialah golongan yang gagal mendapat tempat dipasaran kerja dengan bidang yang mereka ceburi semasa di universiti dahulu. Sepatutnya golongan pensyarah lebih memberi motivasi dan semangat serta mengucapkan tahniah kerana menceburi bidang perguruan. Memang ada juga pensyarah yang memuji peserta KPLI kerana sanggup melupakan kerja-kerja lain untuk menjadi seorang pendidik. Kata-kata semangat sedemikianlah yang membuat peserta KPLI lebih hormat dan bersemangat untuk menjadi seorang pendidik dan saya secara peribadi memang mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka . Tidak perlu menakutkan peserta KPLI dengan mengatakan menjadi guru tidak kaya dan sebagainya kerana peserta KPLI sudah memikirkan semuanya. Peserta KPLI sendiri yang memilih untuk menjadi guru dan mereka akan menjadi guru yang terbaik.Kepada semua peserta-peserta KPLI teruskan semangat wajamu untuk mendidik anak bangsa bagi melahirkan modal insan seperti yang selalu dicanangkan oleh kepemimpinan negara masa kini.

Tuesday, December 16, 2008

BLOGGEST


Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mutakhir ini membolehkan perkongsian maklumat menjadi semakin pantas dan meluas. Kini muncul pula weblog atau lebih dikenali sebagai blog yang berperanan sebagai medium interaksi yang membolehkan ilmu, pemikiran, perkongsian dan maklumbalas dilakukan di alam maya. Di Malaysia, pengaruh blog mereka sendiri dengan syarat mempunyai talian internet
Fungsi awal blog adalah sebagai catatan seharian yang ditulis dalam laman web tertentu. Blog mudah dilayari, percuma, mempunyai capaian yang luas dan sangat popular. Kini penulisan dalam blog bukan sekadar catatan harian bahkan menghidupkan dunia penulisan secara maya dan tidak lagi bergantung sepenuhnya pada kaedah konvensional(dakwat dan kertas. Hakikatnya Islam tidak menghalang teknologi seperti ini asalkan tidak bertentangan dengan syariat. Malah, besar pula manfaatnya kepada umat Islam itu sendiri. Oleh itu sesiapa yang telah mendapat title bloggest maka teruskanlah menghantar artikel anda, manakala sesiapa yang mendapat title blogreader tingkatkan satu tingkat kecemerlangan untuk turut menjadi bloggest.

Saturday, December 13, 2008

Kemarahan Pemerintah



Dewasa ini, banyak perkara yang menyebabkan kita hilang kawalan atau marah kerana pelbagai sebab yang dikategorikan kecil mahupun besar. Ada yang marah bab kewangan, rumahtangga, pemilihan parti, pengundi dan pelbagai sebab lagi.Apabila kita marah kita akan merasakan suatu kepuasan kepada mangsa yang kena marah. Berdasarkan kaedah agama marah merupakan sifat yang sangat tercela.Allah s.w.t berfirman:

“Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu’minin.” (al-Fath: 26)

Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta’ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu’minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.

Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.

Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.

Berkata Ja’far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.

Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.

Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedangkan kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudarat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya. Maka sama-samalah kita menghindari sifat yang tercela itu.

Friday, December 12, 2008

Kesan Globalisasi

Mutakhir ini banyak diberitakan dalam media cetak mahupun elektronik berkenaan syarikat ataupun kilang-kilang membuang pekerjanya. Terbaru kilang memproses nanas membuang pekerjanya yang berlaku di negeri yang paling ramai menteri iaitu Johor. Ini menunjukkan bahawa kesan kemelesetan ekonomi dunia mulai tempias ke negara kita
Fenomena ‘kemelesetan ekonomi’ bukanlah perkara asing atau klasik bagi kita semua, ianya telah banyak kali diperkatakan dan dibincangkan baik di parlimen dan seminar-seminar, mahupun di kedai gunting rambut..kadang-kadang pemandu teksi pun turut membincangkan perkara yang sama. Pelbagai pendapat telah diutarakan tapi semuanya sekadar pendapat sahaja. Sedangkan aku yang pernah belajar bertahun-tahun subjek ekonomi pun masih terhegeh-hegeh nak memahami ekonomi hinggakan ekonomi aku sendiri pun turut meleset.Walau bagaimanapun sebagai warganegara yang baik, kita hendaklah membantu pihak kerajaan untuk sama-sama mengatasi permasalahan ekonomi negara setakat yang termampu. Mudahan manfaatnya akan dapat dinikmati bersama.

Wednesday, December 10, 2008

Ujian Akhir Tahun


Belum reda kes tanah runtuh di Ulu Yam.. terjadi pula kes yang sama di Jalan Semantan, Damansara. Ketika saya sendiri belum sempat membaca lebih lanjut mengenai kes di Jalan Semantan, kita semua dikejutkan semula dengan tragedi yang lebih ngeri yang berlaku awal pagi Sabtu di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa Ampang/Ulu Kelang.
Sebelum saya meneruskan lagi posting ni, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada semua mangsa yang terlibat, terutamanya yang melibatkan kehilangan nyawa kepada ahli keluarga mereka.
Memang tidak dinafikan kes-kes yang berlaku ini semuanya dikaitkan dengan kejadian hujan lebat yang berterusan akhir-akhir ini tetapi tragedi buruk di Bukit Antarabangsa ini bukanlah kali pertama dan setiap kali apabila berlaku ianya pasti melibatkan kehilangan nyawa. Sehingga saya menulis posting ini, dilaporkan kehilangan nyawa adalah seramai 4 orang dan berpuluh orang telah tercedera dan dihantar untuk mendapatkan rawatan termasuklah seorang ibu yang mengandung 9 bulan serta warga emas.
Dan ketika ini jugalah kenyataan-kenyataan popular yang tidak asing lagi dikeluarkan oleh mereka yang berkenaan serta pihak-pihak berkuasa.. Ini termasuklah.. “akan menghentikan pembangunan”, tidak meluluskan permohonan pembangunan baru”, “mengkaji struktur kekuatan tanah” dan pelbagai lagi yang saya fikir akan hilang begitu sahaja apabila keadaan kembali reda. Dengan kerosakan kerugian yang tidak ditanggung pihak insurans, pastinya ia akan menambah lagi beban kepada mereka yang terlibat. Setiap kejadian yang tuhan jadikan mestilah ada sebabnya di atas perbuatan tangan-tangan manusia yang rakus dan tidak bertanggung-jawab.

Sunday, December 7, 2008

Penamatan Ekspedisi


Setelah enam hari berekspedisi di kota raya maka tibalah masa untuk pulang semula ke kampung halaman. Percutian ini amat mengembirakan kami sekeluarga. Segala pujian buat Allah s.w.t.

Ronda Kota Raya 3


-Mandi kolam tidak ada kompromi sama sekali
-Petrosains untuk menimbulkan minat sains dikalangan generasi awal
-Kehebatan projek kejuruteraan KLCC

Ronda Kota Raya 2


-Mandi kolam
-Shopping di SOGO
-Shah Alam untuk Majlis Graduation UITM

Ronda Kota Raya 1



-Ronda kota raya berlabuh di Ampang
-Tak sangka dapat pekena nasi lemak terengganu
-Bersama seniman Bujang Lapok