Friday, May 22, 2009

GURU

Buat rakanku yang berjiwa guru.....,
Guruku memikul demikian banyak harapan
setiap ibu bapa dan juga kerajaan
bersama sederetan beban tambahan
untuk tiap minit dan jam persekolahan.

Guruku adalah segala-galanya
mengajar angka huruf dan kata
dan kini ilmu lebih dewasa
komputer ganti pemikir otak manusia.

Guruku mengajar pelbagai kurikulum
pendidikan budi bahasa
supaya otak manusia
jangan jadi pandir atau gila
Juga kokurikulum untuk anak didiknya
cergas dan sihat anggota
supaya degup jantung bahagia
saluran darah lancar terjaga.

Ke mana saia pindah-randahmu, guruku
ke hilir ke hulu engkau sebarkan buku dan ilmu
sebagal ejen budaya
pemimpin tanpa pilihanraya.

Tiap pagi seluruh cakerawala
jutaan suara menjulang ke angkasa
mengucapkan kata syahdu:
selamat pagi, cikgu.
_________________________
Usman Awang, 1989

2 comments:

Pakwar said...

saya hanya seorang guru
luahan yang biasa kita dengar
dari mulut seorang guru
yang sepatutnya berasa bangga

adakah kerana guru sudah tidak mulia
sebagai mana abad yang lalu
bukan kerana guru sudah tidak berilmu
tetapi punca ilmu sudah di mana saja

apa yang perlu guru ada
buat kini dan selama
didiklah anak anak bangsa mengikut zamannya
jangan hanya berbangga dengan modal lama

amiechomel said...

sangat setuju dgn komen pak war. saya sebagai guru generasi baru selalu tanamkan dalam diri "I'm proud to be a teacher".

Guru kena selalu belajar untuk mengajar!

p/s tetiba je mencelah!