Friday, December 12, 2008

Kesan Globalisasi

Mutakhir ini banyak diberitakan dalam media cetak mahupun elektronik berkenaan syarikat ataupun kilang-kilang membuang pekerjanya. Terbaru kilang memproses nanas membuang pekerjanya yang berlaku di negeri yang paling ramai menteri iaitu Johor. Ini menunjukkan bahawa kesan kemelesetan ekonomi dunia mulai tempias ke negara kita
Fenomena ‘kemelesetan ekonomi’ bukanlah perkara asing atau klasik bagi kita semua, ianya telah banyak kali diperkatakan dan dibincangkan baik di parlimen dan seminar-seminar, mahupun di kedai gunting rambut..kadang-kadang pemandu teksi pun turut membincangkan perkara yang sama. Pelbagai pendapat telah diutarakan tapi semuanya sekadar pendapat sahaja. Sedangkan aku yang pernah belajar bertahun-tahun subjek ekonomi pun masih terhegeh-hegeh nak memahami ekonomi hinggakan ekonomi aku sendiri pun turut meleset.Walau bagaimanapun sebagai warganegara yang baik, kita hendaklah membantu pihak kerajaan untuk sama-sama mengatasi permasalahan ekonomi negara setakat yang termampu. Mudahan manfaatnya akan dapat dinikmati bersama.

3 comments:

Dagang said...

langkah pertama nak tolong kerajaan= beli kereta proton, isi minyak petronas, bli baju buatan melaysia dan beli rokok malaysia huhuhu (jualan tinggi cukai pada kerjaan pun tinggi)

Pakwar said...

malang sungguh bagi rakyat dlm sesebuah negara yg mana pemimpin mereka rakus membolot harta negara sedangkan rakyat terhegeh-hegeh menyembelih lembu utk menyambut pemimpin ini.. kita memerlukan zorro untuk membantu kita dgn kudanya tornado

ARIN said...

kita pilih kerjaan nk suruh kjaan jaga kita ke atau kita nak jaga kerajaan?lu pikir sendiri..