Friday, May 29, 2009

Usaha Tangga Kejayaan


Alkisahnya seorang bekas pengetua Jubah Hitam telah mendorong agar mengisi borang kursus kepengetuaan. Pada mulanya tak berminat langsung tetapi apabila diberi semangat oleh isteri serta mendapat ilham setelah bangun dari tidur pukul 3.20 pagi maka Jubah Hitam telah bertekad untuk mengisi borang dan memujuk pengetua (semasa) agar menyokong penuh. Segala urusan permintaan disokong penuh oleh pengetua dan PK 1. PK 1 telah memberi penilaian yang sangat tinggi(borang) untuk Jubah Hitam menghadiri temuduga di IAB, Genting Highlands. Akhirnya Jubah Hitam ditawarkan untuk menghadiri kursus hinggalah berjaya tanggal 28 Mei 2009. Pihak IAB telah memberi pengiktirafan pada majlis Komensmen yang dirasmikan oleh Timb. Pengarah Bahagian Sekolah.Jubah Hitam telah berjumpa pengetua yang telah mendorong untuk mengikuti kursus kepengetuaan agar "menarik" Jubah Hitam ke sekolahnya kerana Jubah Hitam ingin memberi sumbangan kepada pengetua berkenaan dan mendidik anak bangsa disitu dengan sepenuh hati.Sesungguhnya jasa pihak IAB akan sentiasa dikenang kerana memberi peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master di Universiti Malaya. Jasamu dikenang!

4 comments:

Vivian Woo said...

Sah identiti En Jubah Hitam kerana telah memakai jubah hitam. Hee....

ARIN said...

sekalung tahniah buat en jubah hitam, perjuangan iab & ipk sudah kesampaian...perjuangan menegakkan keadilan umat bakal menjelang...Tahniah

Pakwar said...

Walaupun jubah demi jubah dipakai, jangan lupa menulis di blog supaya IPK9 Bloggers Network akan terus berkembang. Sasaran kita adalah menubuhkan Konsultan IPKBN termasuk menerbitkan buku,latihan dsb, amacam setuju ?

amiechomel said...

congrats!