Thursday, December 31, 2009

Analisis PMR

Berikut merupakan analisis ringkas pencapaian PMR 2009 SMKADG. Secara keseluruhannya meningkat iaitu seramai 18 calon mendapat 9A,37 calon 8A, 41 calon 7A dan 25 calon 6A.Pihak sekolah bercadang akan melipat gandakan lagi usaha ke arah keberkesanan pencapaian akademik pada tahun 2010 nanti, sesuai dengan visi sekolah "SMKADG Gemilang Tahun 2010". Pada tahun 2010 juga SMKADG telah dicadangkan oleh pihak Sektor Pendidikan Islam dan Moral Terengganu (SPINT) untuk dnilai oleh pihak KPM bagi mendapatkan title sekolah berprestasi tinggi.Nampaknya warga SMKADG tidak lagi boleh berada dalam zon selesa bagi merealisasikan matlamat berkenaan tercapai.

Thursday, December 24, 2009

Hiruk- pikuk PMR

Pagi-pagi lagi JH telah ke SMKA DG untuk meninjau suasana pengambilan slip peperiksaan dikalangan pelajar-pelajar. Suasana nampaknya begitu ceria dengan kehadiran pelajar-pelajar yang mengambil slip memakai pakaian yang berbagai ragam. Pelajar puterinya memakai baju kurung dan bertudung berfesyen - hilang identiti sekolah (tudung labuh) begitu juga pelajar-pelajar putera yang datang dengan memakai jeans tanpa memakai songkok. Sesungguhnya faktor persekitaran memainkan peranan yang lebih penting daripada faktor sekolah dalam membentuk identiti dikalangan pelajar.

Keputusan PMR kali ini agak baik dengan peningkatan melebihi 100% yang mendapat 9A, tetapi yang begitu mengecewakan seramai 30 orang pelajar yang mendapat E dalam Bahasa Arab.InsyaAllah pada tahun depan warga sekolah SMKADG akan terus berusaha untuk memperbaiki lompang-lompang yang ada untuk meningkatkan lagi prestasi dalam peperiksaan awam.

Ada yang gembira dan tak kurang juga yang berduka dengan keputusan yang diperolehi, namun itulah realiti kehidupan.

Saturday, December 19, 2009

Wad Kuning


Genap puteriku berumur 2 hari maka rumah kami telah diziarahi oleh jururawat desa. Apabila memeriksa puteriku didapati penyakit kuning makin merebak maka disarankan agar dibawa ke klinik untuk dibuat ujian darah. Keputusan ujian darah menunjukkan bacaan 147 kemudian meningkat ke 164, oleh itu puteriku disarankan membuat rawatan dibawah cahaya purple untuk menyembuhkan penyakit berkenaan. Rawatan berkenaan memakan masa selama 8 jam. Alhamdulillah dengan berkat doa kedua ibu-bapanya, tokki dan tok wan maka puteriku telah sembuh apabila pada hari kelima menunjukkan penurunan yang ketara iaitu 86. Syukur terhadap Allah S.W.T

Wednesday, December 16, 2009

Zuriat semasa di IPK


Tanggal 15 Disember 2009 maka genaplah 40 minggu bayiku berada dalam kandungan perut ibunya. JH telah menghantar isteri ke hospital pada pukul 1 pagi dan memasuki dewan bersalin pada pukul 2.30 pagi. Tepat pukul 3.00 pagi maka JH telah dikurniakan seorang lagi zuriat yang telah diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk dijaga dengan baik dan memberi pendidikan terbaik sesuai dengan akhlak-akhlak keislaman. JH telah menyaksikan sendiri proses kelahiran dari mula hinggalah ke peringkat akhir. Ianya begitu menakjubkan dengan kehebatan kejadian yang Allah S.W.T tetapkan. Apabila dilahirkan, bayiku terus menyusu dengan ibunya -hebat sungguh ciptaan tuhan, bagaimana bayi yang sekecil itu menghisap susu - tak ada siapapun yang ajarnya termasuk guru JUSA C tapi bayi berkenaan boleh menyusu dengan seronoknya. Hebat-hebat kuasa Allah S.W.T. Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa.

Wednesday, December 9, 2009

Tawarikh Bukit Puteri


Bukit Puteri sentiasa dikunjungi oleh para pelancong terutamanya apabila musim cuti sekolah seperti sekarang ini. Seingat saya semenjal tahun 1996 lagi iaitu sewaktu saya menjalani amali praktikum di SM Zainab, Kota Bharu dan apabila balik ke kuala Terengganu maka saya selalu berkunjung ke bukit puteri. Pemandangan dari atas bukit ini amat menakjubkan. Muara Sungai Terengganu dan kawasan Seberang Takir begitu terserlah dan mengujakan setiap pengunjung. Bukit ini asalnya merupakan kubu yang mengawal perairan Kuala Terengganu. Di atasnya masih ada sebuah genta (loceng besar) yang kini digunakan untuk memberitahu waktu berbuka puasa apabila tiba bulan ramadhan.Orang Kuala Terengganu memanggilnya “bunyi bedil”, apabila bunyi bedil maka menunjukkan bahawa waktu berbuka puasa telah masuk maka bermulalah menjamu selera setelah sepanjang hari berlapar dan dahaga kerana Allah S.W.T Dulu genta ini berfungsi sebagai pemberi amaran sekiranya terjadi apa-apa atau panggilan untuk mengumpulkan rakyat. Terdapat juga makam lama, beberapa buah meriam dan yang terkenal adalah meriam beranak, rumah api dan sebuah tempat seperti singgahsana.

Suasananya agak tenang, pelajar-pelajar yang nak study amat sesuai kerana suasana yang tenang dan mendamaikan. Untuk mengetahui sejarah Bukit Puteri dengan lebih lanjut saya perturunkan kepada anda artikel di bawah ini.

Build in 1830 as a fortrees, this hill offers a paranomic view of the state capital. The historical monuments and artefacts found here include the Genta (a large bell), Meriam Beranak (a family of cannons), an old lighthouse, and an ancient cemetery. The fortrees, overlooking the mouth of Terengganu River, was once used in the defence of Kuala Terenganu.

Bukit Puteri is situated at the mouth of Terengganu River. It covers an area of about 658 hectares and the height is about 200 meters from the sea level. Bukit Puteri was built to defend the Rulers of Terengganu from attacks by the enemies. Bukit Puteri is easily accessible as there are steps leading to the top. Bukit Puteri was said to have originated as a place of residence for Puteri Bunian. However, the princess left Bukit Puteri when the local residents borrowed her cutlery and did not return them to her. According to legend, this hill was opened by a chieftain from Johor named Tuk Raja Menteri who came to Terengganu to install Sultan Zainal Abidin I as the first Sultan of Terengganu.

During the year 1830, there was a struggle for power among the two royalty of Terengganu that is, Tengku Mansur, the Sultan of Terengganu who was conferred the title of Sultan Mansur Shah II and Tengku Umar, the Yang Di pertuan Besar. Tengku Umar had built a fort at the top of Bukit Puteri for defence. This fort was built of bricks and cemented with honey, lime and egg white. However Bukit Puteri was captured by Sultan Mansur Shah II and Tengku Umar was forced to flee to Besut. Bukit Puteri then came under the control of Sultan Muhammad I who ascended to the throne when Sultan Mansur Shah II passed away. However, Sultan Mahmmud was not able to defend Bukit Puteri when it was attacked by Tengku Umar army. Finally, Tengku Umar recaptured Bukit Puteri again.

A few historical artifacts still exists on Bukit Puteri till this present day. Among them are a big bell, cannon, a flag pole, light house, graves and a defence wall. However, long time ago there were many cannons at Bukit Puteri. The cannons were believed to have originated from Spain, Portugal and the Malay States and were given names such as Seri Jamlor, Seri Buih, Seri Johor and Laila Majnun. The bell that still exists today was built during the reign of Sultan Zainal Abidin III in the year 1908. The bell was made from yellow copper, the circumference and height of the bell were 228 centimeters and the weight was 175 kilograms. The bell was sounded when there were rampage, fire or enemies attacking the state. It was believed that the bell was guarded by a boy from the royal family. The boy job was to sound the bell if any emergency or natural disasters occurred.

A cave known as Gua Puteri can also be found here. It was used as a place to keep the gun powder, stone and iron bullets. The flag pole that is on top of Bukit Puteri was used to raise the royal flag when there were any royal ceremonies held. The weight of the flag pole was around 18 meters high. The lighthouse on the peak of Bukit Puteri functioned as a guide for fishermen and sailors that siles into Kuala Sungai Terengganu. During the reign of Tengku Umar, he built a palace called the Green Palace at the foot of Bukit Puteri but was burned down in 1882. He built a new palace near the site of the Green Palace and was named Istana Maziah which still exit until today

Friday, December 4, 2009

Rezeki Musim Banjir


Tanggal 5 Dec, JH telah pergi ke pasar tani dan bertemu rezeki yang telah sekian lama dicari-cari- ikan keli sawah. JH terus membelinya kerana amat sukar ditemui sekarang ini. Ikan keli sawah menjadi hidangan yang begitu menyelerakan semasa JH menjadi "budak kampung" 30 tahun yang lalu. Sekarang ini ikan keli boleh didapati dimana-mana tempat kerana ianya menjadi peliharaan manusia dengan memberi makan makanan dalam bentuk organik dan perut-perut haiwan.Harganya pun murah cuma rm6 sekilo berbanding keli sawah yang hanya muncul pada musim banjir sahaja dengan harga rm14 sekilo.Tentunya rasanya juga berbeza apabila harganya turut berbeza - sudah tentu!. Keli sawah tidak mempunyai lemak yang banyak seperti keli peliharaan dan apabila dimasak dengan gulai berempah, memang begitu mengiurkan.

Pada musim banjir ini juga didapati makanan yang tidak berapa popular pada musim yang lain menjadi popular pula sekarang seperti pelbagai jenis ubi. Ubi-ubi ini sangat enak direbus atau disira dan diminum pula dengan kopi o panas semasa hujan lebat yang mencurah-curah. Ianya tidak dapat digambarkan betapa nikmatnya ketika itu. Pada musim banjir juga penjual ubi boleh memperolehi pendapatan antara rm200 -rm500 sehari hasil menjual pelbagai ubi berbanding hari-hari biasa, nak dapatkan rm20 sehari pun sangat sukar. Itulah musim banjir, disaat-saat segelintir manusia merasai penderitaan tetapi masih ramai pula yang diberi rezeki yang melimpah ruah hasil kedatangan musim banjir ini. Begitulah agungnya Allah S.W.T membuat sesuatu perkara terhadap alam ini. Syukur!!

Saturday, November 28, 2009

Keropok Kolera


Kebiasaannya apabila tiba sahaja waktu cuti sekolah maka penduduk tempatan agak sukar untuk membeli keropok. Hal ini berlaku kerana begitu ramai pelancong dari luar Terengganu yang datang melawat ke destinasi yang menarik sambil singgah untuk membeli keropok. Namun begitu, sejak seminggu lepas JH mendapati kedai-kedai keropok ada yang ditutup, terdapat juga yang dibuka namun tiada pelanggan. Rupa-rupanya sebahagian keropok telah dijangkiti kuman kolera. Setelah heboh dalam media massa maka amat menakutkan golongan pengemar keropok untuk menikmatinya seperti biasa

Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan berlakunya penularan penyakit taun di Terengganu, antaranya penggunaan ikan yang dicemari kuman 'Vibrio Cholera' untuk membuat keropok.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata keputusan makmal mendapati sampel ikan yang diambil daripada dua kilang keropok di negeri ini didapati positif terhadap kuman Vibrio Cholera, kemungkinan berpunca daripada ikan yang dicemari kuman itu yang dibawa masuk dari Thailand.

Walaupun segelintir keropok dicemari dengan kuman taun namun kesannya hampir keseluruhan kepada pengusaha keropok. Pengusaha keropok hanya mampu mengeluh dengan fenomena yang melanda ini, namun sejak akhir-akhir ini pula terdengar pengusaha keropok mahu mengambil tindakan undang-undang kepada Kementerian Kesihatan yang memberi kenyataan sebelum ini yang mengakibatkan kerugian besar kepada pengusaha keropok. Wajarkah tindakan undang-undang diambil?

Friday, November 27, 2009

Fasa Pembinaan Peringkat Kedua


Teratak JH telah ditangguhkan hampir 3 minggu yang lalu kerana masalah cuaca yang tidak menentu. Kadang-kadang hujan lebat,kadang-kadang panas terik, begitulah fenomena alam yang sudah tidak menentu sekarang ini. InsyaAllah selepas Aidiladha ini fasa kedua pembinaan akan diteruskan seperti biasa. JH mensasarkan agar pada sambutan Aidilfitri tahun hadapan maka JH dapat menyambutnya diteratak sendiri.

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Idiladha


Salam idiladha diucapkan kepada semua rakan dan pengunjung blog ini yang beragama Islam. Mudah-mudahan kedatangan Idiladha kali ini akan dapat membuahkan pengorbanan yang suci dari hati kita dalam mendaulatkan Islam dalam kehidupan seharian kita. Sesungguhnya semangat pengorbanan yang tinggi akan dapat membuahkan kejayaan yang tak ternilai akhirnya. Selamat menyambut Idiladha!

Thursday, November 19, 2009

Hari Anugerah SK Seri Budiman


Apabila tiba akhir tahun maka setiap sekolah sudah semestinya akan mengadakan suatu hari untuk memberi pengiktirafan kepada staf(Hari Q) dan juga kepada murid. SK Seri Budiman telah mengadakan Hari Anugerah kepada pelajar-pelajarnya yang cemerlang pada 17 November 2009. Hari Anugerah ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang pada tahun 2009. Alhamdulillah Aisha Nadhira Arman dan Aisha Syafika Arman turut terpilih dalam kategori "top ten" sekolah. Pengiktirafan ini diharap agar para murid dapat meneruskan kecemerlangan dan akhirnya dapat menaikkan nama sekolah dalam peperiksaan UPSR.

Mudah-mudahan permataku ini akan terus mendapat kecemerlangan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. InsyaAllah!

Wednesday, November 11, 2009

Jamuan Akhir Tahun


Kelab Rantaian Kasih SMKADG telah mengadakan satu jamuan akhir tahun bertempat di Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa di pulau duyung pada 10 November 2009. Semua guru dan Staf dijemput hadir. Antara acara menarik ialah acara cabutan bertuah.Disamping itu juga terdapat guru-guru yang begitu gembira sekali datang kerana dapat beberapa hadiah sempena pertukaran mereka. Walau bagaimanapun terdapat juga guru yang hiba dan pilu kerana permohonan mereka dibakul sampahkan oleh pihak atasan yang berkepentingan. Rakan-rakan yang tak dapat bertukar maka kuhadiahkan satu sajak untuk tatapan kalian dalam menelusuri liku-liku dunia pendidikan.

Seorang Guru Tua
Guruku yang baik
masih lagi mengajar
sedang aku kini sudah besar
dulu wajahnya muda
kini rambut memutih kepala
ada anak-anak muridnya
sudah menjadi menteri
ada anak-anak muridnya
kini memegang jawatan tinggi
tidak kurang pula
bergelar ushawan berjaya

Guruku yang baik
masih di situ
masih memandu kereta lama
masih menuju sekolah yang sama
tiada kelihatan jemu
dari air mukanya
tiada kedengaran bosan
dari suara bibirnya
dia gigih menggengamnya
tanggungjawab yang diamanahkan

Seorang guru tua
dia masih di situ
berdiri sebagai guru
menabur jasa-jasa
dialah pendidik bangsa!

GUNAWAN MAHMOOD.

Tuesday, November 3, 2009

KUDAP SMKA Durian Guling



Pihak kerajaan telah memperkenalkan dasar latihan sumber manusia sektor awam yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005. Matlamat dasar latihan ini adalah untuk pembangunan sumber manusia sejajar dengan kehendak yang terkandung dalam dasar wawasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan cemerlang menjelang tahun 2020.

Bagi menyahut saranan ini, maka pihak sekolah SMKA Durian Guling telah mengadakan kursus KUDAP di Mid Town Hotel, Kuala Terengganu pada 31 Oktober 2009(Sabtu). Tajuk-tajuk yang dibincangkan adalah Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Menangani Stres. Kursus ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada 2.00 petang. Kursus ini diharapkan dapat merapatkan perhubungan antara guru serta staf sokongan dalam usaha membina pasukan kerja yang berkesan.

Saturday, October 17, 2009

Gengsterisme

Biasanya di sekolah-sekolah yang bukan pilihan utama selalunya terjebak dengan masalah gengsterisme. Ini bukanlah bermakna sekolah-sekolah pilihan sifar dengan masalah gengsterisme, namun ianya taklah ketara sangat.Ancaman gengsterisme memang menggemparkan. Mengapakah setelah 50 tahun negara ini merdeka, masih wujud kegiatan jenayah seteruk ini? Adakah kerana kurangnya ilmu pengetahuan? Adakah kerana sifat amarah , ego dan memberontak yang melampau.

Kemungkinan jenayah gengsterisme ini wujud akibat terlalubanyak "masalah"dalam diri seseorang atau tidak kurang juga yang mahu menunjuk kekuasaan. Jenayah gengsterisme ini menunjukkan mentaliti dan moral mereka yang terlibat masih berada pada tahap yang menyedihkan. Hanya kerana terlalu ghairah mengejar kemewahan dan kekuasaan , mereka sanggup mengetepikan segala sifat kemanusiaan.

Sebenarnya, terdapat pelbagai kempen dan program yang dilaksanakan oleh pihak yang terlibat untuk membentreras jenayah gengsterisme ini tetapi masih belum berkesan.Lebih parah lagi, pengaruh gengsterisme sekarang mula menular dalam kalangan pelajar sekolah. Maka, sebelum terlambat, tindakan yang drastik dan menyeluruh perlu segera dilaksanakan.Bagaimana dengan gejala ini di sekolah anda?

Monday, October 12, 2009

Satu Malaysia

Konsep satu Malaysia merupakan suatu konsep yang bagus untuk diamalkan.Kita satu dan serupa.Satu negara. Semua dapat hak yang sepatutnya, tetapi hak yang dilindungi oleh perlembagaan negara. Apabila pemimpin nombor satu memulakan konsep satu Malaysia, maknanya kita kena lihat dari kaca mata yang lain. Kita tidak boleh lagi hidup dalam tempurung kaum lagi. Kita kena lihat diri kita sebagai satu rupa bangsa yang besar.. Namun ianya bukanlah suatu yang mudah untuk dicapai. Dari kecil lagi anak-anak kita pergi ke tadika dan sekolah yang berbeza. Mereka tidak banyak mempunyai peluang berinteraksi antara satu sama lain. Mereka juga mengamalkan budaya dan agama yang berbeza.

Itulah uniknya Malaysia.Kepelbagaian itu merupakan suatu kekuatan kepada kita.Namun kepelbagaian dan kelainan itu juga boleh menimbulkan masalah kepada kita juga.Kalau kita tidak berhati-hati maka masyarakat akan makin menjauh antara satu sama lain. Masing-masing cuma menjaga kepentingan masing-masing, nilai bersama tak wujud. Sebaliknya mengelakkan fahaman yang sempit dan cauvinis.Jika konsep ini dapat diaplikasikan dengan betul maka negara kita akan muncul sebuah negara yang makmur dan berkesan.

Friday, October 2, 2009

Supervision


Pada minggu lepas SMKADG telah didatangi beberapa orang Nazir yang ingin mencerap ke atas guru-guru yang memohon untuk mendapat title "Guru Cemerlang". Berdasarkan maklumat yang didapati, pihak Nazir hanya datang sekali sahaja untuk mencerap guru-guru berkenaan. Wah! seronoknya, kalau PnP menjadi pada waktu berkenaan maka guru berkenaan akan mengalami kenaikan gred dan gaji yang amat tinggi. Betapa mudahnya kriteria pemilihan Guru Cemerlang sekarang ini. Sememangnya mengajar merupakan suatu bentuk seni. Banyak orang yang mampu mengajar tetapi bukan semua orang dapat mengajar dengan baik, menarik dan berkesan. Pengajar yang berkesan adalah pengajar yang mampu membuka peluang pembelajaran dalam diri pelajar secara ceria dan santai.

Sehubungan dengan itu antara perkara yang dapat mewujudkan iklim pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan dalam proses PnP ialah melalui penerapan unsur humor. Penggunaan unsur humor menjadikan PnP lebih menyeronokkan kerana humor mempengaruhi ingatan dan kecerdasan emosi.

Mudah-mudahan guru-guru yang mendapat title 'Guru Cemerlang" akan lebih hebat mengajar dan komitmen kepada sekolah berdasarkan hirarki gred yang tinggi daripada gred guru-guru biasa yang hanya menunggu masa untuk berpencen dengan selamat.

Wednesday, September 30, 2009

Batu Asas


Selepas selesai menunaikan ibadat puasa dan menyambut 1 Syawal maka JH telah meletakkan batu asas bagi pembinaan sebuah rumah idaman sementara berada di dunia yang fana ini. Program dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh ayah mentua JH. Antara yang terlibat adalah kedua-dua orang tua yang memberi restu pembinaan serta beberapa orang tukang rumah yang akan terlibat dalam menjayakan teratak JH.JH telah memilih bekas tapak kediaman nenek JH yang telah kembali ke rahmatullah pada Jun 1997 yang lalu. Mudah-mudahan rohnya ditempatkan ditempat orang yang soleh dan beriman,insyaAllah. Panggilan "Cik Din" akan sentiasa kekal dalam ingatan JH sehingga akhir hayat.Al Fatihah.

Thursday, September 17, 2009

Salam Akhir Ramadhan

Bulan ramadan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati "tawaran bonus setahun sekali" yang diberikan oleh Allah SWT dan Rasulnya di bulan ramadan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya.

Namun begitu, bagi insan yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan agung ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan roh dan matlamat bulan ramadan.

Seolah-olah individu yang berpesta maksiat dipermulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan "exam" ramadannya yang mendapat keputusan "feel" dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibril untuk mendapat "kebinasaan" iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya Nauzubillah...,

Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenalpasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya. "waste of time"! katanya.

Padahal di bulan ramadan yang juga digelar bulan Al Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al Quran yang fungsinya adalah sebagai Al Furqan (pemisah antara yang benar dan yang salah). Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al Quran dan Al Hadith dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadan ini.

Sama-samalah kita meningkatkan amalan dan memohon agar Allah SWT akan menerima amalan kita sebelum ini.Amin...,

Sunday, September 6, 2009

Petua Lailatul Qadar

Sebagaimana pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.- Adalah malam qadar itu berlaku pada satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan ramadhan.

Manakala petua Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul-Qadar adalah seperti berikut:

Jika awal ramadhan jatuh pada hari :

1- Ahad atau Rabu = malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

2- Isnin = malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan

3- Selasa atau Jumaat = malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan

4- Khamis = malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan

5- Sabtu = malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan


Berkata Sheikh Abu Hassan bahawa sejak dia mula baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua di atas.

Maka dengan itu, insyaAllah malam qadar pada tahun ini akan jatuh pada malam ke 23 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 12 September 2009. Walaubagaimanapun adalah diingatkan bahawa, janganlah beribadat pada malam itu sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda malam qadar ialah :

a- malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas
b- pada siangnya cahaya matahari warnanya pucat
c- pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba


*Marilah kita bersama-sama memeriahkan lagi suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada Allah S.W.T. dengan ikhlas dan penuh keimanan. Mudah-mudahan kita dapat kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau 83 tahun umur kita lebih kurang*. Takbir!!

Tuesday, August 18, 2009

Penghargaan Mprinc 2008/2009




Segala pujian bagi Allah S.W.T kerana dengan kasih sayangnya dan rahmatnya telah memberi kekuatan dan keupayaan untuk menyiapkan kajian ini. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasullullah S.A.W yang menjadi penyuluh kehidupan manusia sehingga ke akhir zaman.

Ucapan penghargaan yang setingginya saya tujukan kepada penyelia saya, Dr. Chua Yan Piaw yang telah banyak memberi tunjuk ajar sehingga siapnya kertas projek ini. Penghargaan juga ditujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membiayai pengajian saya selama berada di Institut Aminuddin Baki dan Universiti Malaya. Disamping itu,semua pensyarah Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya yang telah memberi tunjuk ajar, kesempatan dan kemudahan dalam menjalani bidang kepemimpinan pendidikan ini. Tidak lupa juga semua rakan-rakan kohort 9 khasnya Azhan, shaharin dan Azhar yang menyimpan suka duka bersama sepanjang pengajian.


Akhir sekali, rasa terharu dan penghargaan diberikan kepada isteri tersayang, Puan Najmiah binti Abd. Razak serta anak-anak, Aisha Nadhira, Aisha Syafika dan Aisha Shahira atas pengertian, kesabaran dan pengorbanan yang telah diberikan.

Semoga kajian ini akan memberi manfaat yang besar demi mempertingkatkan kecemerlangan generasi masa depan. Mudah-mudahan juga usaha kecil ini akan mendapat ganjaran besar daripada Allah S.W.T

Saturday, August 15, 2009

Notis Penutupan Sementara


Pada 13 Ogos, warga SMKADG telah dikejutkan dengan penerimaan surat cadangan penutupan sementara sekolah dari Pejabat Kesihatan Daerah Marang. Hal ini terjadi kerana pihak Jabatan Kesihatan telah dapat mengesan 9 orang pelajar yang didapati mempunyai tanda-tanda gejala Influenza Like Ilness (ILI) yang telah diklasifikasi sebagai wabak di sekolah bertuah ini.
Sehubungan dengan itu, bagi membendung penularan penyakit tersebut Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu melalui Pegawai Kesihatan Daerah Marang telah menasihatkan (strongly advised) agar pihak sekolah mengambil tindakan penutupan sementara bermula 13 hingga 20 Ogos 2009 dan meminta semua pelajar serta kakitangan yang terlibat supaya pulang ke rumah dan menjalani "Home Quarantine", seterusnya mengambil langkah-langkah pencegahan daripada rebakan kepada keluarga masing-masing sebagaimana yang dinasihatkan oleh Jabatan Kesihatan.
Apabila pengumuman dibuat kepada warga sekolah,terdapat reaksi yang pelbagai dikalangan warganya-ada yang gembira, cemas, kecewa dan sebagainya. Namun kepada yang gembira, walaupun cuti sebenarnya kita dalam keadaan darurat. Bila-bila masa sahaja jangkitan boleh merebak dan menemui kematian-Nauzubillah!

Thursday, August 13, 2009

My Convocation -UM 2009


Tanggal 11 Ogos 2009, JH telah dianugerahkan Master Of Principal oleh Universiti Tertua di Malaysia - University Of Malaya. Segala penat lelah JH akhirnya berbaloi apabila dapat menggengam erat sekeping Ijazah Tinggi setelah berusaha selama 2 tahun (setahun di Institut Aminuddin Baki dan setahun di Universiti Malaya). Majlis penganugerahan itu telah disempurnakan oleh DYTM Raja Dr Nazrin (Raja Muda Perak). Majlis berjalan lancar dan dikesempatan majlis konvokesyen tersebut JH dapat bertemu rakan-rakan kohort 9 seramai 26 orang semuanya. Alhamdulillah semuanya berjaya setelah berusaha bertungkus lumus selama 2 tahun yang lalu.


Persoalannya sekarang bagaimana mahu memberi sumbangan kepada anak bangsa bagi membalas jasa pihak Kementerian Pelajaran yang telah membiayai pengajian sepenuhnya selama 2 tahun yang melibatkan ratusan ribu duit rakyat. Mudahan Allah memberi kekuatan kepada JH untuk melaksanakan amanah berkenaan sebaik yang mungkin.

Saturday, August 8, 2009

Kehebatan Kuda


Kuda merupakan antara binatang yang masyhur dalam kalangan masyarakat bandar Kuala Terengganu. Boleh dikatakan setiap hari penduduk di sina akan dapat melihat kuda di mana-mana sahaja. Kuda boleh dilihat berlari megah di jalanraya, di pantai dan di kawasan perkampungan. Paling menarik sekali apabila dapat melihat DYMM YDA Sultan Mizan akan berkuda di pantai Batu Buruk apabila baginda ada kelapangan. Sememangnya kuda merupakan binatang yang hebat, ini terbukti apabila Allah S.W.T bersumpah atas nama kuda :

“Aku bersumpah demi kuda-kuda perang yang berlari cepat sehingga nafasnya yang tercungap-cungap itu terdengar. Kuda yang mengeluarkan percikan api ketika menyentuh bumi dan ketika hendak berjalan. Kuda yang menyerang musuh sebelum matahari terbit. Kuda-kuda itu menerbangkan debu yang tebal di tempat-tempat musuh lalu menjadikan debu itu berada di tengah- tengah kumpulan musuh sehingga mereka merasa takut dan was-was. Sesungguhnya manusia sangat ingkar terhadap nikmat Tuhan yang tak terbilang. Di akhirat kelak ia akan menjadi saksi atas dirinya dan akan mengakui segala dosanya. Dan karena kecintaannya pada harta, manusia menjadi kikir sehingga tidak melaksanakan apa yang seharusnya dilakukan berkenaan dengan harta itu.Apakah ia tidak mengetahui balasan dari perbuatannya itu, sehingga tidak tahu bahawa ketika seluruh jasad dibangkitkan dari kubur dan apa yang ada di dalam dada yang telah tercatat dalam daftar perbuatan mereka, yang baik mahupun yang buruk itu dikumpulkan? Sesungguhnya Tuhan Pemelihara dan Pencipta mereka benar-benar Maha Mengetahui segala perbuatan dan pembalasan mereka pada hari kebangkitan dan perhitungan.” Takbir!!!

Friday, July 24, 2009

Hari Terbuka Gymnasium

Tanggal 20 Julai 2009 JH telah menyertai beberapa pertandingan sempena Hari Cakna Gym 2009 yang bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu. Program ini diadakan sempena cuti Keputeraan Sultan Terengganu. Acara pertama yang disertai ialah acara Larian Perkasa(2.2km), JH telah mendapat tempat ketiga.

Manakala acara kedua yang disertai ialah acara regu badminton tertutup yang mana JH telah mencipta sejarah peribadi iaitu menjuarai acara berkenaan. Hari cuti berkenaan penuh berwarna-warni kerana JH telah membuat pemeriksaan kesihatan dan didapati JH masih sihat. Sempena Hari Cakna Gym 2009 bermacam-macam acara disediakan kepada para belia seperti acara larian, badminton, sukaneka, pemeriksaan kesihatan dan yang paling berbaloi sekali ialah penyediaan makanan yang begitu lazat sekali sepanjang hari berkenaan.

Saturday, July 18, 2009

Kunjungan Hormat


Setelah beberapa minggu tidak ketemu, akhirnya ditakdirkan JH telah berkunjung ke rumah mantan pengerusi kohort9 IPKUM. Perbincangan berkisar soal-soal kehidupan dan permasalahan kesihatan masing-masing.

Thursday, July 9, 2009

Cuti Pertama Selepas Bertugas

Hari ini Jumaat- 10 Julai 2009 JH bercuti sambil melaksanakan aktiviti biasa seperti dahulu iaitu bangun awal dan pergi jogging 8km sekitar pantai Batu Buruk dan Bandar Kuala Terengganu. Selepas jogging bermain internet sambil menunggu isteri beli roti canai. Selepas itu bersarapan 1 biji roti telur dan 2 biji roti kosong bersama teh tarik. Alangkah leganya pemikiran sekarang ini tanpa dibebani tugas-tugas di sekolah seperti dahulu sebelum sambung pengajian. JH juga merasa sayu apabila mengingati suasana dahulu iaitu apabila sahaja hari Jumaat maka rasa gembira kerana dapat mengikuti kuliah yang santai bersama Dr Chua (penyelia kesayanganku). Selepas itu bersama Pak War n The Gang sembahyang Jumaat dan mengikuti seminar pada sebelah petang. Selepas tamat seminar JH selalu mengikuti delegasi Pak War selaku Presiden Kohort 9 mengiringi penceramah sambil menikmati jamuan ringan. Balik Kondo Putramas dan bersiap-siap untuk ke Hentian Putra untuk balik kampung. Naik bas terus tidur dan sampai di rumah jam 5.15 pagi sabtu. Begitulah rutin JH setahun yang lalu, kenangan itu mengamit seribu kenangan manis bersama rakan-rakan kohort 9. Mudahan berjumpa lagi semasa Pesta Konvokesyen UM tahun ini. InsyaAllah.

Wednesday, July 8, 2009

Kembali ke Lubuk


Selepas tamat dari pengajian sarjana kepengetuaan, JH telah berkunjung ke JPNT untuk membincang urusan pertukaran ke sekolah harian biasa di daerah Kuala Terengganu. 2 orang pengetua telah mengambil maklumat JH untuk membawa masuk JH ke sekolahnya. Pengetua pertama hanya berusaha ke peringkat PPD Kuala Terengganu sahaja - malangnya guru sekolah berkenaan berlebihan dan tidak boleh untuk "mencelah" JH di sekolah tersebut. Pengetua ke 2 (pengerusi pengetua daerah Kuala Terengganu) telah mengambil maklumat JH lalu meminta pihak JPNT menempatkan JH ke sekolahnya yang hanya 3.5 km sahaja dari rumah JH. JH telah pergi ke JPNT tetapi pegawai yang terlibat terpaksa bergegas bermesyuarat dan JH sempat bertanyakan adakah pihak JPNT ada dapat maklumat dari pengetua 2 yang mahu JH ke sekolahnya. Pegawai berkenaan menjawab "ya" yang sekaligus melegakan hati JH kerana berpeluang bekerja dekat dengan rumah maka komitmen kerja boleh ditingkatkan sehingga ke peringkat 100%. Keesokan harinya pegawai berkenaan menyatakan bahawa tidak dapat menempatkan JH ke sekolah pengetua 2 kerana unit agama islam tidak "melepaskan" JH. JH telah berjumpa Ketua Sektor Unit Agama namun beliau tetap tidak mahu melepaskan JH kerana baginya JH adalah aset unit agama. JH sangat kecewa dan terus pergi melaporkan diri ke SMKA Durian Guling yang tidak menjanjikan suasana baru dan pengalaman baru. Warga SMKA DG menyambut kehadiran JH dengan baik namun JH tetap bersyukur kerana masih boleh berulang alik ke sekolah yang jaraknya 21km sehala.

Wednesday, July 1, 2009

Delegasi ke Putrajaya


Beberapa wakil dari kohort 9 IPKUM telah ke Putrajaya untuk menyelesaikan persoalan berkenaan isu penempatan selepas tamat Mprince di UM. Namun selepas beberapa siri perbincangan di buat dengan wakil kerajaan di Putrajaya, maka dapatlah disimpulkan bahawa sebenarnya masih menebal lagi isu birokrasi di jabatan-jabatan kerajaan. Bagaimanakah kerajaan DS Najib dapat mengikis amalan lama ini agar slogan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan" dapat direalisasikan.

Wednesday, June 24, 2009

Semalam di Kuala Rompin


Tanggal 20 Jun 2009, JH bersama pakwar, nik dan Mr. Jan telah berangkat ke Kuala Rompin. Perjalanan pada hari itu bermula pada 6.40 petang dan sampai di Kuala Rompin jam 11 malam. Mr. Jan telah menjamu kami ikan bakar rompin yang begitu lazat sekali.Keesokan harinya kami pergi ke pantai Kuala Rompin, pekena ABC sambil "cuci mata" di situ. Dalam keadaan sahabat Mprinc membuat persiapan untuk hantar kertas projek "bagai nak rak", kami pula bersantai-santai melancong, itu pun kerana kertas projek dah 98% dah siap. Bak kata Pakwar "belajar mesti gembira".

Tuesday, June 16, 2009

Abstrak Kesayanganku

Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan penyeliaan pengajaran berdasarkan model yang dikemukakan oleh Glickman et.al(1988) yang dilakukan oleh kepemimpinan sekolah dan hubungannya dengan tahap motivasi kerja guru. Kajian ini adalah suatu kajian kuantitatif deskriptif yang menggunakan kaedah tinjauan. Dalam kajian ini, amalan penyeliaan pengajaran dilihat dari 5 dimensi iaitu bantuan langsung, perkembangan kumpulan, perkembangan professional, perkembangan kurikulum dan kajian tindakan. Tahap motivasi kerja guru pula dilihat berasaskan teori yang dikemukakan oleh Maslow dan Herzberg. Kajian ini menggunakan soalselidik yang direkabentuk berdasarkan instrumen Jones(1986). Beberapa item daripada “Principals Instrument Measurement Rating Scale” (PIMRS) oleh Hallinger (1988) juga digunakan, setelah diubahsuai untuk mendapat soalan penyelidikan. Alat ukur “A Questionaire Measure Of Individual Differences In Achieving Tendency (QMAT) oleh Atkinson (1964) digunakan untuk mengukur tahap motivasi kerja guru. Responden kajian terdiri daripada 92 orang guru di sebuah sekolah menengah di daerah Kuala Terengganu. Dapatan kajian dihuraikan secara deskriptif dengan menggunakan min, peratus dan korelasi spearman. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pihak kepemimpinan sekolah lebih menumpukan kepada aspek perkembangan kurikulum dan kajian tindakan. Tahap motivasi guru di sekolah kajian adalah sangat tinggi dan terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan penyeliaan pengajaran dengan tahap motivasi guru di sekolah kajian. Dengan adanya kepemimpinan sekolah yang berkesan melalui kaedah amalan penyeliaan pengajaran yang berkualiti dan dapat meningkatkan motivasi guru yang tinggi maka segala cabaran yang dihadapi akan dapat diselesaikan dengan baik. Memandangkan sampel kajian ini hanyalah terdiri daripada guru-guru di sekolah kajian sahaja maka adalah wajar kajian begini diperluaskan ke peringkat daerah atau negeri untuk melihat suatu gambaran yang boleh dibuat generalisasi akan amalan penyeliaan pengajaran dan hubungannya dengan tahap motivasi kerja guru.

Wednesday, June 10, 2009

The UM Wellness Health Awareness Day

>


Pada 8 Jun jubah hitam telah berangkat ke KL kerana ingin menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak UM. Jubah Hitam terpaksa mengorbankan masa cuti bersama dengan keluarga demi menghadiri program ini, dengan harapan dapat berjumpa dengan rakan-rakan kohort 9 yang akan tamat pengajiannya pada 22hb Jun nanti(pada dasarnya). Program berkenaan amat menarik dengan dimulai dengan acara senamrobik, pameran kesihatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma. Jubah Hitam mendapat bacaan kesihatan seperti berikut : Tekanan darah -130/90, paras glukosa - 7.4 (selepas makan), tinggi - 172.6, berat -80.6, BMI -26,ujian pereputan tulang - risiko rendah (0.8)

Rakan-rakan yang hadir

Ujian Diabetis
Bersama "penyelia angkat" Dr. Sathiamoorthy pada hari kedua di IPKUM

Thursday, June 4, 2009

Tahniah Kumpulan Dr Chua









Tanggal 4 Jun 2009, kumpulan Dr Chua Yan Piaw dikehendaki membentangkan hasil dapatan kajian setelah hampir sebulan berada di lapangan. Semua kajian adalah berdasarkan kajian kepemimpinan pendidikan. Kami bertuah kerana dapat mengikuti tunjuk ajar dari Dr Chua kerana beliau merupakan seorang yang pakar dalam bidang metodologi penyelidikan di peringkat nasional mahupun international, nama beliau begitu dihormati oleh para ahli akademik.
Jubah Hitam menarik nafas lega kerana dapatan kajian dan analisis dapatan telah diluluskan oleh Dr Chua namun masih perlu diperbaiki, begitu juga dengan Nazreems. Manakala kawan-kawan yang lain juga turut diberi pengesahan analisis kajian yang sesuai oleh Dr Chua. Tahniah diucapkan kepada kumpulan Dr Chua




Jubah Hitam sedang berbincang dengan Dr. Chua



Nazreems blogger sedang berdebar-debar menunggu komen Dr. Chua

Wednesday, June 3, 2009

Dapatan Kajian


Jubah Hitam, Pak War dan Nana Tanjung sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan bab 4 -Analisis Data. Ketiga-tiga sahabat ini telah menjadi pengunjung setia library IPK UM pada hari Jumaat dan Sabtu lepas bermula bukanya library hinggalah waktu tamat operasinya. Jubah Hitam rasa sangat berbaloi kerana walaupun tak balik kampung selama 6 hari maka akhirnya siaplah draf pertama bab 4 untuk dipersembahkan kepada mahaguru pada 4 jun nanti. Mudahan mahaguru tak banyak kerenah dan menerima hasil analisis data kajian berkenaan. InsyaAllah.

Monday, June 1, 2009

Terima Kasih IAB



PgNPQH Kebangsaan telah dijemput oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM dan Institut Aminuddin Baki untuk sama-sama berganding bahu dan memeriahkan Majlis Sambutan 30 Tahun IAB yang bertempat di IAB Induk, Genting Highlands bermula 15 hingga 17 April 2009. Jemputan berkenaan amat bermakna buat PgNPQH kerana ia diibaratkan seperti 'sirih pulang ke gagang' kerana kelahiran PgNPQH sendiri adalah daripada IAB, di mana ahli PgNPQH merupakan bekas graduan IAB di bawah Program NPQH (National Professionalisme Qualification for Headship). Jemputan ini juga merupakan satu penghargaan dan kepercayaan besar oleh IAB dan KPM terhadap keupayaan serta kemampuan para graduan lepasan IAB sendiri dalam sama-sama menjayakan agenda pendidikan nasional. Penglibatan pertama PgNPQH dalam program besar IAB seperti sambutan ulang tahun 30 tahun IAB ini sudah tentu akan dibalas dengan komitmen dan keiltizaman yang tinggi dalam membantu IAB menjadikan sambutan 30 tahun itu memberi impak yang besar terhadap objektif majlis. Dan apa yang lebih dibanggakan apabila ahli PgNPQH terlibat di dalam majlis berkenaan turut membuktikan bahawa kejayaan Pengarah, para pensyarah dan warga IAB dalam membentuk barisan pemimpin pelapis pendidikan telah berhasil. Terima kasih IAB.... perjuangan memartabatkan pendidikan negara setinggi puncak di IAB !

Friday, May 29, 2009

Usaha Tangga Kejayaan


Alkisahnya seorang bekas pengetua Jubah Hitam telah mendorong agar mengisi borang kursus kepengetuaan. Pada mulanya tak berminat langsung tetapi apabila diberi semangat oleh isteri serta mendapat ilham setelah bangun dari tidur pukul 3.20 pagi maka Jubah Hitam telah bertekad untuk mengisi borang dan memujuk pengetua (semasa) agar menyokong penuh. Segala urusan permintaan disokong penuh oleh pengetua dan PK 1. PK 1 telah memberi penilaian yang sangat tinggi(borang) untuk Jubah Hitam menghadiri temuduga di IAB, Genting Highlands. Akhirnya Jubah Hitam ditawarkan untuk menghadiri kursus hinggalah berjaya tanggal 28 Mei 2009. Pihak IAB telah memberi pengiktirafan pada majlis Komensmen yang dirasmikan oleh Timb. Pengarah Bahagian Sekolah.Jubah Hitam telah berjumpa pengetua yang telah mendorong untuk mengikuti kursus kepengetuaan agar "menarik" Jubah Hitam ke sekolahnya kerana Jubah Hitam ingin memberi sumbangan kepada pengetua berkenaan dan mendidik anak bangsa disitu dengan sepenuh hati.Sesungguhnya jasa pihak IAB akan sentiasa dikenang kerana memberi peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat Master di Universiti Malaya. Jasamu dikenang!

Saturday, May 23, 2009

Hipertensi

Beberapa hari ini agak mengusarkan bagi menganalisis data yang diperolehi. Pelbagai masalah yang timbul apabila menganalisis data berkenaan. Buku Chua Yanpiaw sentiasa menjadi rujukan utama walaupun tuannya amat sukar untuk dihubungi kecuali hari bekerja bermula jam 10.30 pagi barulah seronok untuk "kontek-mengontek". Pagi ini blogger jubah hitam mahu menguji tahap kesihatan setelah makan secara tidak terkawal semenjak pulang ke rumah. Perut sentiasa kenyang sepanjang masa bahkan rasullullah pernah bersabda bahawa perut merupakan tempat punca penyakit. Jubah hitam telah memasuki pusat kesihatan pagi ini lalu memeriksa tahap gula dalam darah- keputusan ok (5.5) setelah berpuasa semalaman. Namun tekanan darah meningkat 170/104, pegawai yang memeriksa menyarankan pergi ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Namun selagi tidak mendatangkan masalah jangan harap untuk ke hospital.Kemungkinan darah meningkat disebabkan terlalu banyak memikirkan kertas projek - pujuk hatiku!

Friday, May 22, 2009

GURU

Buat rakanku yang berjiwa guru.....,
Guruku memikul demikian banyak harapan
setiap ibu bapa dan juga kerajaan
bersama sederetan beban tambahan
untuk tiap minit dan jam persekolahan.

Guruku adalah segala-galanya
mengajar angka huruf dan kata
dan kini ilmu lebih dewasa
komputer ganti pemikir otak manusia.

Guruku mengajar pelbagai kurikulum
pendidikan budi bahasa
supaya otak manusia
jangan jadi pandir atau gila
Juga kokurikulum untuk anak didiknya
cergas dan sihat anggota
supaya degup jantung bahagia
saluran darah lancar terjaga.

Ke mana saia pindah-randahmu, guruku
ke hilir ke hulu engkau sebarkan buku dan ilmu
sebagal ejen budaya
pemimpin tanpa pilihanraya.

Tiap pagi seluruh cakerawala
jutaan suara menjulang ke angkasa
mengucapkan kata syahdu:
selamat pagi, cikgu.
_________________________
Usman Awang, 1989

Friday, May 15, 2009

Syabas Warga Cikgu


Setiap orang pasti tahu dan pernah melalui tarikh 16 Mei kerana pada tarikh tersebut sambutan Hari Guru akan diadakan. Tarikh 16 Mei ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.
Pada tanggal 16 Mei setiap tahun negara akan menyambut perayaan Hari Guru bagi menghargai jasa serta kesungguhan guru yang telah memerah keringat berjuang membentuk generasi yang berilmu.
Meminjam kata-kata sasterawan dan seniman agung Usman Awang dalam karyanya :
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa"
Betapa hebat serta mulia tugas dan tanggungjawab seorang guru yang mampu membentuk perwatakan serta keperibadian seseorang itu. Syabas kepada sahabatku yang telah memilih profesion perguruan ini. "What is the best present for a dedicated teacher like you? Its your magical touch that makes your students successful"!Selamat Hari Guru

Tuesday, May 12, 2009

UM TERHEBAT



KUALA LUMPUR 11 Mei - Universiti Malaya (UM) mendahului empat universiti tempatan yang lain dalam senarai 100 Universiti Terbaik Asia, kedudukan serantau pertama yang dikeluarkan oleh The Times Higher Education (THE)-Quacquarelli Symonds (QS).
UM menduduki ranking ke-38 sementara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di ranking ke-51, Universiti Sains Malaysia (USM) di kedudukan ke-69, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ke-82 dan Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan ke-90.
Pengarah Urusan QS, Nunzio Quacquarelli berkata, keputusan yang dikeluarkan oleh QS.com Asian University Rankings, adalah berdasarkan ukuran kecemerlangan serantau sesebuah universiti.
''Universiti yang berprestasi cemerlang ditentukan bukan sahaja berdasarkan kualiti tetapi juga produktiviti kajian mereka, berbanding universiti serantau yang lain,'' katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, universiti di Malaysia mempunyai prestasi yang baik, dengan jumlah pelajar antarabangsa dan fakulti yang banyak, menjadikan Malaysia tarikan pelajar antarabangsa.
Tiga universiti di Hong Kong menduduki lima tangga terbaik dengan University of Hong Kong mengungguli ranking pertama, diikuti Chinese University of Hong Kong di ranking ke-2 dan Hong Kong University of Science and Technology di ranking ke-4.
University of Tokyo dan Kyoto University di Jepun, masing-masing menduduki ranking ke-4 dan ke-5.
QS merupakan pakar maklumat unggul dunia dalam bidang pengajian tinggi yang mempunyai pejabat di London, Paris, Singapura, Tokyo, Shanghai, Sydney, Johannesburg, Boston dan Washington DC. - BERNAMA

Sunday, May 10, 2009

Yogyakarta


Yogyakarta is famous as one of the main tourist destinations in Indonesia. A great number of officials, including country leaders, and tourists have already visited Yogyakarta. Whenever one mentions Yogyakarta, the idea of various tourist attractions will come to his mind; The great Sultan's Palace, Parangtritis Beach, Borobudur and Prambanan Temples, Merapi Volcano as well as the performing arts like Ramayana Ballet and Wayang Kulit.

The cultural colour of Yogyakarta is still obvious because of the temples, traditional buildings, various cultural activities, and a number of famous artists. This is accentuated by the presence of living tradition and everyday life of Yogyakarta community which is art loving and hospitable.

Yogyakarta is ready to host more visitors who are eager to enjoy its enchanting nature and culture by providing tourist facilities, attractions, guides, and other services. Your visit to Yogyakarta will be welcomed warmly

Selamat Datang ke Yogyakarta

Rombongan IPKUM telah berangkat ke kota budaya Yogyakarta dengan diiringi Prof Datin Dr. Rahimah mantan pengarah IPK.

Pelajar IPK seramai 23 orang telah selamat ke Yogyakarta dan selamat pulang dengan membawa pelbagai ole-ole dari YogYa. Selamat bercuti kelas tetapi kerja penyelidikan tetap berjalan.

Friday, May 1, 2009

Kaedah sentiasa sihat

Menjaga kesihatan adalah dituntut oleh Agama. Banyak cara menjaga kesihatan tubuh badan maupun dari segi sains dan diajar oleh Al-Quran antaranya adalah spt:-

1. Bersenam @ beriadah.
2. Mengawal makanan.

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

4. dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala
Dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yng terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Thursday, April 30, 2009

Ganjaran Exam

Tanggal 29 April 2009 tamatlah exam untuk bakal-bakal Mprin di IPK. Sewbagai memberi ganjaran kepada otak yang berserabut memikirkan kaedah mempersembahkan jawapan maka malamnya bersama En Pakwar n En Nik bersama Dato' Hussen Tok Dad telah sama-sama memberi kerehatan minda menonton Teater Mahsuri di Istana Budaya. Sangat menakjubkan persembahan artis-artis teater berkenaan. Saya tidak pernah menonton teater dan tidak minat langsung akhirnya terpaut dengan persembahan teater berkenaan dan secara rasminya telah menjadi peminat teater. Berikut adalah sinopsis teater berkenaan :
Mahsuri gadis cantik kelahiran Langkawi. Dara pingitan Pandak Maya dan Mak Andam. Cantik jelitanya menjadi buah mulut dan kecemburuan terutamanya kaum wanita. Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Darus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wan Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura. Hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Darus keluar meninggalkan Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam. Sepeninggalan beliau, Mahsuri tinggal bersama ibu bapanya. Deramang, seorang kembara telah singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi dan ibu bapa Mahsuri, sehingga mempelawa Deramang tinggal di rumahnya. Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri melakukan hubungan sulit dengan Deramang. Mahsuri dan Deramang dijatuhkan hukuman bunuh oleh Datuk Pekermajaya setelah termakan hasutan isterinya. Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat untuk dijatuhkan hukuman. Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa. Sebelum matinya Mahsuri telah menyumpahi Langkawi menjadi padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Wan Darus pulang dengan kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim meninggal Langkawi.Selamat Menonton!

Tuesday, April 14, 2009

Pemanasan Global di Kuala Terengganu


Cuti seminggu di rumah sekarang ini memberi kesan yang sangat hebat. Kawasan Kuala Terengganu mengalami cuaca yang sangat panas seperti padang pasir.Kesan fenomena pemanasan global semakin ketara kelihatan.Kesannya bukan lagi bersifat setempat seperti sebelum ini tetapi melangkau skala yang lebih besar. Misalnya tiada siapa yang menyangka Negeri Johor (gerombolan) boleh mengalami banjir besar suatu ketika dahulu.Selain itu, pakar meteorologi dan alam sekitar tempatan meramalkan bahawa beberapa buah bandar di negara ini yang terletak dikawasan tanah rendah iaitu Kelang, Pekan, Kuala Muda, Kota Bharu bakal ditenggelami air secara kekal 50 tahun lagi akibat peningkatan aras air laut. Dimana kawanku ketika itu En. Ajehe akan tinggal?
Mungkin fenomena pemanasan global ini merupakan "kempen" terbaik untuk menyedarkan semua pihak betapa seriusnya pencemaran alam sekarang. Hal ini demikian kerana jika diteliti skala kemusnahan yang bakal dialami akibat pemanasan global, orang yang paling jahil pun boleh berfikir bahawa sesuatu harus dibuat untuk menyelamatkan keadaan. Pemimpin negara mesti cakna hal ini.

Monday, April 13, 2009

Sidang DUM Terengganu

Sebelum ini selalu diwarwarkan bahawa akan berlaku undi tak percaya kepada MB Terengganu. Berita ini tersebar luas dalam internet dan kedai-kedai kopi. Namun apabila tiba hari bersidangnya DUN tidak berlaku perkara yang dijangka. Maka itulah berita dari internet dan kedai kopi tidak boleh dipercayai cuma untuk alunan halwa telinga sahaja. Apa pun, syabas diucapkan kepada speaker dan MB Terengganu yang dapat mengendalikan sidang DUN dengan baik sekali.

Monday, April 6, 2009

kAEDAH BERBEKAM




1) BEKAM DARAH

Kaedah ini dapat menyedut lebih 200 jenis penyakit didalam badan.Kepada pesakit yang mengalami migrain dan resdung,dalam 2 kali sesi bekam masalah anda akan selesai 100%,insyaAllah......

2) BEKAM ANGIN

Kaedah ini pula dapat menyedut angin-angin dalam badan serta membuatkan tubuh kita segar sentiasa dan dapat menghindari kelesuan badan

Thursday, April 2, 2009

PM Malaysia


Hari ini sejarah negara tercipta lagi. Dato' Seri Najib Tun Razak secara rasminya telah diperkenankan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6. Maka lengkaplah teori "RAHMAN" dalam sejarah kepemimpinan negara. Dato Seri Najib sememangnya merupakan seorang yang hebat dan bertuah, dilahirkan dalam keluarga bangsawan dan pernah menjadi ahli parlimen dan Menteri Besar termuda dalam pentadbiran negara. Beliau telah dicalonkan untuk menjadi PM oleh mantan PM Dato Seri Abdullah Badawi. Dalam sejarah pentadbiran Dato Seri Najib didapati beliau banyak memberi kebajikan kepada golongan rakyat contohnya semasa menjadi Menteri Pendidikan, beliau telah menaik tarafkan sijil perguruan kepada taraf diploma. Begitu juga semasa menjadi Menteri Pertahanan banyak nikmat yang diperolehi oleh golongan tentera. Namun harapnya agar semasa menjadi PM ke 6 beliau akan dapat meningkatkan lagi taraf hidup rakyat seluruhnya. Mudah-mudahan Malaysia akan menjadi aman, makmur dan gemilang dibawah pemerintahan Dato Seri Najib Tun Razak. Syabas Dato' Ser!

Wednesday, April 1, 2009

Saat-Saat Akhir

Hari ini adalah hari terakhir untuk minggu ini belajar di IPK UM. Minggu depan pula minggu akhir. Assigment masih ada 4 lagi yang belum disiapkan, semua assigment kumpulan. Lepas itu pula "study week" diikuti exam dan bermulalah era semester khas. Masa itu mungkin akan sukar untuk bertemu kawan-kawan lagi sebab membawa haluan masing-masing untuk menyiapkan kertas projek. Walaupun pembelajaran agak "menyesakkan" tetapi banyak kenangan manis yang diperolehi daripada pembelajaran yang "menyesakkan" itu.Mudah-mudahan aku dan kawan-kawan dapat harungi saat-saat akhir pembelajaran ini dengan baik.

Tuesday, March 31, 2009

Selamat Mengundi

Musim pilihanraya ini begitu "kalutkan" negara Malaysia. Negara tidak dapat ditadbir dengan baik kerana seluruh orang penting negara terlibat dengan aktiviti mengempen. Maka sudah tentulah urusan pembangunan negara sedikit sebanyak akan terganggu.Buat semua pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, pilihlah calon yang baik moralnya dan dapat berkhidmat dengan baik untuk rakyat dan negara. Selamat Mengundi!

Wednesday, March 25, 2009

kelebihan ber madu

FIRMAN DAN HADIS

Anda tentu sedia maklum ALLAH S.W.T telah memberi kelebihan kepada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.
Firman ALLAH di dalam AL-QURAN. Surah AN-Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:- Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluar minuman (madu) yang berlainan warna dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada (yang demikian itu ada tanda kemurahan ALLAH) bagi orang-orang yang mahu berfikir"
DARI HADIS NABI S.A.W, RIWAYAT MUSLIM
Daripada Abu Said Al'Kudri r.a katanya, Seorang lelaki telah datang kepada RASULLULAH S.A.W lalu ia berkata. "Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air". Sabda RASULLULAH S.A.W, "Minumlah madu kepadanya" Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada RASULLULAH S.A.W, "Telah ku minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah". RASULLULAH S.A.W pula menyuruhnya meminumkan madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W terus menyuruhnya supaya meminum madu. Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya RASULLULLAH, namun sakitnya bertambah juga. Sabda RASULLULLAH S.A.W, "ALLAH MAHA BESAR, perut saudaramu itulah yang dusta. Lalu diminumnya juga madu, maka sembuhlah saudaranya.

Monday, March 23, 2009

Minggu-Minggu Terakhir

23 Mac 2009 maka sudah tibalah masanya untuk program pensarjanaan kepengetuaan sudah berada pada fasa yang terakhir. Ketika ini hari dan minggu azab sudah berakhir cuma semester azab sahaja yang belum berakhir. Assigment sudah mula berkurangan tetapi bahang kertas projek cukup terasa.Rakan-rakan masih menunjukkan momentum yang tinggi sehingga makan dan minum masih lagi belum ada dalam agenda masing-masing. Namun usaha berdasarkan kehendak seseorang, ada yang bersungguh, ada yang santai dan sebagainya. Sesungguhnya ianya akan menjadi kenangan manis pada suatu ketika yang akan datang.

Saturday, February 21, 2009

Larian Jambatan Bandaraya Kuala Terengganu


Date: 21 Mac 2009 | 7.30am
Venue: Taman Awan Batu Burok, Kuala Terengganu
Distance: 21km and 11km
Fee: RM10.00 and RM5 for student

JARAK
(/)
A LELAKI TERBUKA
21.1 KM
B WANITA TERBUKA
21.1. KM
C LELAKI TERTUTUP
(Terengganu Tertutup)
21.1 KM
D WANITA TERTUTUP
(Terengganu Tertutup)
21.1 KM
E LELAKI VETERAN
(40 tahun ke atas)
21.1 KM
F WANITA VETERAN
(40 Tahun ke atas)
21.1 KM
G LELAKI 18 TAHUN KE BAWAH
11 KM
H WANITA 18 TAHUN KEBAWAH
11 KM
I
LELAKI 13 TAHUN KE BAWAH
11 KM
J
WANITA 13 TAHUN KE BAWAH
11 KM
HADIAH
BAGI KATEGORI A hingga B : Johan
RM 2,000.00 dan medal
Naib Johan
RM 1,500.00 dan medal
Ketiga
RM 1,000.00 dan medal
Keempat
RM 750.00 dan medal
Kelima
RM 500.00 dan medal
Ke 6 – ke 10
Hamper dan Medal
BAGI KATEGORI C hingga F : Johan
RM 1,000.00 dan medal
Naib Johan
RM 750.00 dan medal
Ketiga
RM 500.00 dan medal
Keempat
RM 400.00 dan medal
Kelima
RM 300.00 dan medal
Ke 6 – 10
RM 100.00 dan medal
Ke 11 – 20
Hamper dan medal
BAGI KATEGORI G hingga H
Johan
RM 300.00 dan medal
Naib Johan
RM 200.00 dan medal
Ketiga
RM 100.00 dan medal
Keempat
RM
70.00 dan medal
Kelima
RM
50.00 dan medal
Ke 6 – 10
Hamper dan medal
SEBARANG PERTANYAAN :
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,
Jabatan Kemasyarakatan,
Aras 3, Plaza MBKT Tanjung
,
Atau
Jalan Sultan Zainal Abidin,
20000 Kuala Terengganu
Tel : 09- 6301442 / 6301445
Fax : 09- 6317
Borang juga boleh didapati di Kelab Gimnasium Rakyat Perkasa Kuala Terengganu

Sunday, February 8, 2009

Raja Lompat

Seluruh negara dikejutkan dengan isu lompat melompat parti. Ada yang mengelarkannya raja katak, anak katak dan cucu katak. Sesungguhnya isu ini begitu meloyakan dalam keadaan negara sedang bergelut dengan isu kegawatan ekonomi dunia. Apa itu katak?
Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.
Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot.
Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut"

Saturday, January 3, 2009

Alam Persekolahan


MENGIMBAS kembali hari pertama persekolahan pada 20 tahun yang lepas, pasti tergambar fenomena ibu bapa menunggu anak-anak. Ada yang menunggu sehari malah melarat ke seminggu. Lebih parah mencecah sebulan kerana anak-anak yang tidak mahu ditinggalkan. Ada sesetengah kanak-kanak yang balik lari dari sekolah dan yang lebih memilukan guru kelas ialah terdapat juga kanak-kanak yang berak dalam seluar semasa berada dalam kelas.

Tahun berganti abad, kanak-kanak kini lebih berdikari dan tidak mengharapkan ibu bapa menemani sehingga habis kelas. Pengalaman kedua menghantar anak ke sekolah pada hari pertama sudah tidak kedengaran dan ternampak kanak-kanak yang menangis dan meronta-ronta tangan ibu atau bapa untuk pulang ke rumah.

Pengalaman di sekolah tadika barangkali cukup untuk mengajar mereka lebih bersedia melalui pengalaman baru. Pun begitu, peranan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak dari segi fizikal, emosi, jasmani, rohani dan intelektual tetap penting.

Bagai membina sebuah rumah, asas yang kukuh pasti menghasilkan binaan yang kuat - begitu juga permulaan di alam persekolahan. Semuanya harus positif termasuk persekitaran, ibu-bapa, gurunya dan masyarakat amnya. Selamat Menempuh Alam Persekolahan 2009., semoga ianya menjanjikan kejayaan yang cemerlang.